Rombongan POK FC Ke KK


Thu 07/02/2008
Malam tadi aku susah sangat nak tidur, dentam dentum bunga api buat aku rasa macam berada dalam zon perang. Pukul berapa aku tertidur pun aku tak sedar. Tiba-tiba jam loceng aku berbunyi pada pukul 5 am. Siap serba ringkas, packing etc, aku dah ada kat rumah Daa pukul 5.45am. masih awal lagi kataku dalam hati. So aku pun relax2 dulu hisap rokok (leklu sapkok lu.. bak kata ikhwan) Janjinya pukul 6 am.. tunggu punya tunggu pukul 6.45 baru diorang semua sampai.

Kitorang ada 9 orang semuanya.
Wafi (Presiden seumur hidup)
Aku (Setiausaha)
Syikin 'where you get your kaki from?' (Bendahari)
Ninut
Da'a
Ikhwan
Zaitun
Nyza
Hanif 'the client'
Dari sinilah bermulanya POK FC. (Pok tu kalau org Sarawak cakap macam Dude, Bro, Mate ke Mat camtu. FC tu Friends Club)
So sebelum pergi kitorang dah bayar satu kepala RM 110 pada cik bendahari, tu nak cover petrol, accommodation, teket ferri etc, tak ternasuk makan. Ni kiranya program pertama POK Frens Club la. Excited gak.. Kitorang pergi dengan dua buah Proton Gen-2, Jenny (yang cantik- kereta aku) dan Blacky (Tak berapa cantik- Kereta Da'a). Yang best nya si Ikhwan ngan Wafi bawak walkie talkie, so satu kat Blacky satu kat Jenny, riuh dibuatnya.. (suara ikhwan je most of the time)
Dah elok-elok nak sampai border Brunei ni, baru si Da'a teringat yang dia tertinggal geran kereta, dah diorang kena patah balik Senadin. So Team Jenny pun habiskan masa posing-posing kat immigresen Brunei tu.



Jenny's Crew: Wafi, Ninut, Syikin, Myself and Hanif at the Sg Tujuh Checkpoint while waiting for Blacky Team

Ha.. trip ni sesuai kalau korang suka kumpul cop passport. Dalam trip ni je kitorang kena lalu 10 pos imigresen sehala. (Habis pasport aku dah la tinggal berapa page je)

Sungai Tujuh (Miri, Sarawak / Brunei)
Kuala Lurah (Brunei /Limbang, Sarawak)
Puni (Limbang, Sarawak / Temburung, Brunei)
Labu (Temburong, Brunei / Lawas, Sarawak)
Sindumin (sarawak / Sabah)
Perjalanan ke Kota Kinabalu, Sabah ni sepatutnya mengambil masa dalam 6-7 jam je, tapi kitorang buat 10 jam, pasal jam kat immigresen dan ferri. Letih memang letih la, tapi seronok melayan perasaan menghayati pemandangan sepanjang jalan dan menyakat Ninut.





The 10 hours journey taking its toll on some of us



Mula-mula tu aku yang drive, Syikin jadi navigator, tabik spring lah kat dia pasal map yang kitorang ada tu very the outdated, dah la tu hujan pulak. Lepas je Kuala Lurah masuk kawasan Limbang Syikin pulak drive. Kitorang semua excited, yelah ni first time kitorang sampai Limbang. Surprised jugak la tengok Limbang ni maju jugak rupanya. Kitorang singgah jap kat Dataran Limbang sambil menegakkan urat2 saraf yang dah cramped tu.



Pit stop at Limbang


Along the way ni ada 2 ferry crossing, mula-mula Dari Limbang ke Temburong dekat Puni, lagi satu dari Temburong nak masuk Lawas. Yang second crossing ni la q dia panjang gila. Tiba-tiba kitorang nampak Da'a tersengeh sengeh pergi semak tepi jalan.. huh nak kodok hajat rupanya. Dah nak masuk 15 minit Da'a tak keluar2, masing-masig dah mula risau, kena sorok dengan hantu kopek ke? Takkan sesat kut. Aku pun pergi lah ke tempat dimana Da'a dilihat buat kali terakhir. Aku jerit, Da'a!! dan dia membalas, aku panik eh jatuh ke accident ke mamat ni. Bila aku sampai, aku nampak Da'a tengah terbongkok bongkok membersihkan dirinya dengan daun pisang.. aku tak tahan.. terus ketawa sampai sengal-sengal rahang. Dia terjerumus dalam lumpur rupanya..




Daa stucked in a mud. Thanks to the folks from the van behind us for the water.







Lepas insiden tu kitorang meneruskan perjalanan, Kali ni Hanif pulak yang drive, masing2 dalam team Jenny kecut-kecut perut sambil kaki tekan-tekan brake.. fuhh laju gila sampai tak nampak Team Blacky. Perut masing masing minta diisi. Kitorang stop for a very late lunch kat Sipitang, Sabah. Makn kat kedai mamak.. sedap pulak....



All the numb was gone when the plates cleaned. The mamak food was surprisingly delicious. Either that or we were really starving






Sampai kat Papar, Chell tunggu siap tunggu kitorang kat Stesen Minyak Petronas (mentang2 baru kerja Petronas). Dia lead kitorang ke hostel. Along the way, we were teasing Ninut about KK. At one time she was losing her blob and said thet she would delete my name from her friends list. We teased her until she almost reduced to tears. Poor Ninut. Well honestly, KK did changed a lot since my last time here two years ago, but it is far from being the best and grandest city in Malaysia as Ninut claimed it is. KK first have to outdo Penang, JB, KL or even Kuching in many aspects. Apasal tetiba terspeaking London ni..

Lepas check in dan rebut2 katil kitorang terus ke Warisan Square, then lepak-lepak kat KK Waterfront sambil posing2 ambil gambar.




Enjoying the sunset at KK Waterfront

Fri 08/02/2008

If there is one thing KK can boast about, it is surely be Tuanku Abdul Rahman National Park. We spent the day at Manukan Island snorkelling and swimming. It was great fun. I was bitten by a small curious fish that kept chasing me out from its habitat. (Napa asik tercakap London ni)





We had a whale of time at Manukan Island. Not in the pic, Da'a and Chell.
Malam nya kitorang gi Shinenigan, Da'a has proved himself a drama queen once again, kali ni pasal etika berpakaian. Before we left for KK he was the one who set the dress code for us to follow, ironically he himself brought nothing decent enough for clubbing. He went to Shinenigan with a pair of sandal and a track bottom. Boleh? Malu nak ngaku kawan tau..We have to use hanif as a decoy in the operation called Operation Kasut. Modus operandi:
1. All of us entered Shinenigan except Da'a who waited at the corner of the building
2. Ninut came in with an extra big hand bag
3. Borrowed Hanif's shoes, put them in the bag and Ninut went out. Hanif was left without shoes on
4. Daa and ninut came in. Da'a put on Hanif's shoes

All night we had to cover Da'a.. funny that nobody noticed. It was a fun night, but the place is a little too crowded. The best thing about the place is the crowd. This is where gorgeous KK people congregate for a night out. The place to see and be seen.
Sat 09/02/2008

Hari ni pepagi lagi Chell dah sampai. Tak lama lepas tu, Ninut pun sampai bawak kereta Citra dia. So kitorang split 2 kereta pergi Kinabalu Park. Zaitun tak ikut, dia dah panjat dah gunung ni dulu (Maybe trauma pasal dulu dia nasib baik tak jatuh gaung). Si Nyza lak boleh fikir Kinabalu park macam city park, siap pakai sundress lagi. Aku naik kereta Chell dengan Da'a dan Ikhwan. Perjalanan ke Gunung Kinabalu begitu mengasyikkan. Udara gunung yang segar begitu mendamaikan except bila ada lori dan kenderaan yang mengeluarkan asap lalu... spoil aku punya berangan.. keluarkan kepala dari tingkap kereta sambil merasa tiupan angin dimuka.. pening la pulak.
Nak dijadikan cerita, bila dah nak sampai gerbang Kinabalu Park, kereta Chell meragam... overheated. Tiba-tiba bau hangit masuk kedalam kabin. Asap mula berkepul keluar dari bonet dan kereta termati. Kitorang pun apa lagi, evacuate the vehicle lah.... aku lak sempat lagi grab semua makanan.. hahaha.. survival kan.
Ada lah park rangers yang tolong tolak kereta tu sampai atas. Lepas tu hujan la pulak. Kitorang yang berlapan ni semua sumbat masuk dalam kereta Ninut.. fuhh ni yang aku rasa loya2 dah ni.. Sempat lah ambil gambar dalam hujan dua tiga keping.
Turun dari Kinabalu Park kitorang lepak makan sayap ayam kat Kundasang sambil tengok2 gerai2 sayur.. tapi tak best la hujan...
Lepas balik dari Gunung Kinabalu tu kitorang lepak2 jap kat Warisan Sq. then gi clubbing lagi. This time kat BED Club. Memang happening tapi tempat ni ramai budak2 sket.. tapi bandgirls dia hot. Daa lepas geram, pasal dia sanggup beli kasut ngan jeans baru petang tadi semata-mata nak keluar malam ni.
Balik dari BED dapat berita dari kawan aku Nas yang dah balik dulu, ada banjir besar kat Temburong, so feri tak boleh jalan.


Sun 10/2/2008

Berita tentang banjir kat Temburong tu buat kitorang tension kejap. Most of us need to be back at work on monday. Kalau nak naik katebang cemana lak ngn Jenny ngn Blacky.. Macam-macam cadangan dilontarkan, siap ada yang kata naik feri to Brunei lah, simpan kete then datang semula ambik la. Dalam pening2 tu kitorang tanyalah Wafi punya pendapat as the president.. dia boleh cakap..."tunggu aku mandi kejap" nak carik ilham la..
Sudahnya kitorang split into 2 groups. Satu group stay another night in KK esok naik flight pagi balik Miri (Daa, Zaitun, Syikin). Aku, wafi, Niza, Ikhwan, Ninut ngn Hanif bawak kereta dan bermalam di Lawas.
Mula2 sampai Lawas memang kitorang stress tak tau nak buat apa. Pergilah shopping center dia yang paling besar, Pacific Ngiukee.. wafi siap shopping baju lagi. Niza beli travelling set saidina. Malam tu kitorang lepak hotel main Saidina.. best la pulak.. Ninut menang. Sekali sekala lepak macam ni seronok cerita2 hantu lah, gosip dan borak2 kosong.
Mon 11/2/2008
Kitorang mulakan perjalanan selepas dapat lampu hijau kata banjir dah surut and feri dah sambung operasi.. Perjalanan balik pun seronok.. sepanjang jalan kitorang menyakat ninut.. tanya soalan2 pengetahuan am kat dia... hmm kira kalau omputeh ninut ni layak dipanggil dumb blonde la.. boleh ke according to her, SEA Games ngn Olympics sama, UK ngn US tu sama, Benazir Bhutto from Indonesia, Half of Indonesia was part of original founding members of Malaysia.. and Madagascar only exist in movie...macam macam lagilah tu yang kitorang geram sampai nak ludah2 (acah je lah)
More pictures of the trip here

Comments

Perempuan cantik said…
Bodo giler. I baru terbaca blog ni setelah menggoogle nama sendirik. klakar lak citer road trip kita tu kan. hari malang Da'a

Popular posts from this blog

Challenge Roth 2017 Race Report

Ironman Malaysia 2017

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017