Hujan Emas di Qatar

Lately makin ramai pula kawan-kawan rapat aku di Doha ni yang pulang ke Malaysia for good. Kadang-kadang rasa macam dah tak best pula tinggal di sini bila satu demi satu teman-teman yang rapat pergi. Baru-baru ni Rizal dan Zakiah meninggalkan Doha for good. Rasa sedih sangat, kerana Rizal adalah kawan pertama aku di Doha ni. Dia yang mengenalkan aku pada kawan-kawan Doha yang lain. Aku datang Doha ini pun setelah membaca blognya, 1001 Kisah Melayu Perantau , yang memberi inspirasi dan keinginan untuk mencuba nasib di Qatar Darul Land Cruiser ni.

Good Luck Rizal and Zakiah

Kontrak aku dengan Qatargas ni pun akan tamat bulan November ni. Tak pasti dapat sambung ke tidak, kerana aku ni 'project based'. Kalau tak dapat sambung, dan tak dapat peluang-peluang lain di Qatar ni, maknanya aku juga akan menurut jejak langkah teman-teman yang telah mengucapkan 'Maassalamah' pada negeri tumpangan kami ni.

Honestly aku suka Qatar. Isteri aku, Hani pun suka tinggal di sini. Kedua-dua (InsyaAllah yang ketiga nanti pun) anak kami dilahirkan di sini. Qatar umpama rumah kedua kami. Tapi mustahil untuk kami menetap disini selamanya. Tetapi aku dan isteri sebenarnya belum bersedia untuk kembali 'for good' ke Malaysia. Kalau bukan Qatar, negeri-negeri teluk lain ke, Australia ke, but not Malaysia, tetapi kenapa?

3 faktor utama mengapa kami suka tinggal di Qatar

1. Keselamatan: Di sini kami rasa selamat. Tak ramai pencuri, orang jahat, pembunuh, penculik kanak-kanak etc. Pintu rumah tak berkunci pun tak kisah. Org perempuan bebas keluar rumah, tanpa rasa takut kena ragut ke kena rogol ke. Kes-kes macam adik Nurul Nadirah, Nurin Jazlin, tak pernah kedengaran. Kat sini aku tak perlu risau (though we still have to be vigilant) soal keselamatan sangat. Tiba-tiba teringat satu kisah, bila ada seorang lelaki qatari ni, minat sangat dengan Zachary, dia tanya, berapa aku nak jual Zachary, berapa pun dia sanggup bayar. Itu pun aku dah ketar lutut. Well at least dia tanya baik-baik tak terus kidnap, minta wang tebusan. Banyak kes-kes di Malaysia sekarang ni, kalau ibu bapa tak mampu bayar, setan-setan ni senang-senang tok nenek dia saja boleh bunuh, kerat, bakar etc.

2. Faktor ekonomi. Alhamdullilah, pendapatan disini cukup untuk aku menampung keluarga. Syarikat pun bagi kediaman (yang mewah untuk standard Malaysia) dan pelbagai elaun dan bonus lain. Dapat travel sikit-sikit. Kalau wife tak bekerja pun still mampu lagi (tapi tak boleh la nak bermewah-mewah). Kalau di Malaysia we need double income just to survive. Mana tak nya, tolak kereta, tolak rumah, tolak belanja sekolah anak-anak, tolak bil letrik etc. habis.

3. Masa bersama keluarga. Aku dapat luangkan lebih banyak masa bersama keluarga bila bekerja di sini kerana disini kurang traffic jam dan balik kerja pun awal. Habis kerja jam 3.30, jam 4 aku dah berada di swimming pool atau taman permainan dengan anak-anak. Pukul 6, 7 dah dinner bersama keluarga. Hani masak, atau kadang-kadang makan diluar. Kalau di Malaysia, specifically kalau di KL, balik kerja pukul 5 petang, sampai rumah pukul 7 malam. By the time dah letih nak melayan keletah anak-anak. Kalau wife kerja, confirm tak sempat masak. Anak tidur pukul 8.30 malam. Worst case scenario, pergi kerja anak-anak belum bangun, balik kerja anak-anak dah tidur. Oh noo..

Faktor kenapa kami nak pulang ke Malaysia
1. Malaysia is HOME

Itulah. Macam mana ngeri sekalipun bila difikirkan tentang prospek kehidupan di Malaysia, jauh di sudut hati, one day if not sooner aku tetap nak balik. So betullah kata pepatah 'Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri'.. tapi bagilah aku kumpul emas banyak sikit dulu..

Comments

victoire said…
Perh balik keje pukul 330 ke abg sham? Start pukul brape? Saye skg tiap2 ari balik pukul 11, 12 malam hehe.

Try la nego utk dapat expat rate kat Malaysia. Ni duk bagi kat omputeh je buat keje biase2 je dorang tu.

Next week saye ade interview for field engineer slb. Baru pass 1st and 2nd screening. Mane la tau ade rezeki boleh jadi jiran abg sham kat doha. Haha
whitelighter said…
Ha ah Khairy, kol 3.30 biasanya dah shutdown komputer.. office hours 7-8am to 3-4pm.. ok lagi kalau qatar petroleum lagi lah masuk kol 7 balik kol 2.30pm..

abg doakan khiry success dalam interview tu.. best tu memuda dah merantau..
zal said…
kena taruh gak target, berapa byk emas nak kumpul...

anyway, kalau dah both happy, buat pe nak tukar negara lain. dok je lah qatar. and kalau tak dpt renew contract, try la cari keje lain. senang kot dpt keje sana.

anyway, thanks for the post.
whitelighter said…
Zal: Sampai sekarang aku sedih ko balik mesia for good..

InsyaAllah aku try carik kerja lain kat sini kalau tak dapat extend..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Dad to be