Posts

Showing posts from June, 2011

Aku nak lari Marathon

BMI aku sekarang sudah menunjukkan kategori 'Overweight'. Ni tak boleh jadi ni. Aku tak boleh overweight kerana:
1. Tak baik untuk kesihatan
2. Tak handsome (Nanti orang mengata. 'Tengok tu bini sikit punya lawa, laki dah la pendek gemuk pulak. Macamana la dia boleh kahwin dengan mamat tu. Tak lain mesti mamat tu kaya, kalau tak mustahil')
3. Banyak sangat baju-baju dan seluar designer label yang aku dah tak boleh sarung. Nak sedekah kat orang sayang. Mahal woo.. Pakcik umur 32 tahun baru merasa pakai seluar Fendi.

Baru-baru ni aku mendapat ilham yang cukup bernas. Aku nak lari Marathon. Aku jadi begitu bersemangat selepas melihat status Facebook dan gambar-gambar kawan baik aku Da'a dan Mak Ton berjaya menamatkan Half Marathon dalam KL Marathon baru-baru ni. Pada zaman-zaman remaja dulu aku sering menyertai Half Marathon di sekitar Muar dan Johor Bahru. Masa tu senang-senang saja aku lari non stop dan menamatkan larian di bawah 2 jam. Dan pernah sekali menyertai marat…

Hachiko Anjing yang setia..

Image
Kelmarin, aku dengan Cik Minah secara kebetulan tertonton satu filem yang berjudul Hachiko: A Dog's story. Kisah seekor anjing yang sangat setia pada tuannya ini, amat-amat menyentuh perasaan. Cik Minah siap nangis-nangis lagi, sedangkan Cik Minah ni bukan minat pun pada anjing atau apa-apa jenis binatang sekalipun (berbeza dengan aku yang animal lover ni). Kisah ni based on true story yang berlaku di Jepun. Anjing bernama Hachi ni setiap hari menghantar tuannya yang merupakan seorang professor universiti ke stesen keretapi untuk ke tempat kerja. Dan setiap hari juga, sebelum jam lima petang, dia akan menunggu kepulangan tuannya di stesen tersebut. Begitulah rutin mereka selama setahun. Pada satu hari, si professor ni meninggal dunia ketika di tempat kerja dan tak pulang ke stesen di mana Hachiko sedang menanti seperti biasa. Yang sedihnya, Hachiko ni setia menunggu kepulangan tuannya selama 9 tahun hingga akhir hayatnya. Kisah kesetiaan Hachiko ni telah menjadi satu kisah lagenda…

Selamat Hari Lahir ke 29 Cik Minah

Hari ni birthday Cik Minah, jadi semalam aku kononnya nak buat surprise la. Nak Romantik lah kononnya. Kalau last year aku buat surprise party untuk dia. Masa tu Cik Minah masih dalam pantang, so duduk rumah pun pakai kain batik.. nasib baik kat dahi tak bertepek pilis. Masa tu memang menjadi betul surprise aku.. Thanks to kawan2 di Doha ni yang begitu sporting.. Dalam Cik Minah duduk relax-relax main komputer, tiba-tiba member-member letupkan party poppers dari luar tingkap.. Cik Minah punya lah terperanjat.. sampai dihempaskannya laptop dia ke lantai. Nasib baik tak bersepai. Sampai sekarang dia dok komplen yang betapa buruknya dia masa malam tu.. Knowing Cik Minah kan.. mesti nak cantik je selalu.. especially kalau nak keluar rumah.. atau bila ada orang nak datang rumah.. so tahun ni aku tak nak menzalimi dia lagi.. dan tak nak terperanjatkan dia sebab Cik Minah tengah berbadan dua.

So semalam on the way balik rumah aku singgah Landmark beli sejambak bunga tulip dengan 6 biji cupcak…

Mothers Day Series : Final Episode - Surat Untuk Mak

Surat ini aku kirimkan buat Mak pada bulan NOVEMBER 1986. Ketika itu aku berusia 10 tahun.

...........

Kehadapan Mak,

Semoga Mak dan adik beradik semua di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Adik di sini sihat-sihat sahaja. Tetapi Adik rindu pada Mak. Adik sangat berharap agar dapat berjumpa dengan Mak selalu. Mak bawa lah adik tinggal dengan Mak di Johor. Adik tahu keluarga kita susah dan Mak terpaksa menghantar Adik di kampung. Tapi Adik lebih rela kita sekeluarga sama-sama susah dari hidup berjauhan begini. Mak tengok tak filem 'Kasih Ibu' di TV 1 semalam? Kisah kita sama saja seperti dalam cerita tu. Mereka juga susah, tetapi mereka sama-sama menghadapinya. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Adik nak tinggal dengan Mak, Om, Tanti, Angah dan Along. Kalau boleh adik nak sekolah di Johor tahun depan bila adik masuk darjah 5. Tapi kalau tak boleh juga, adik faham. Tetap Adik nak Mak balik kampung masa hari jadi adik ke 10 nanti, dan Mak buatkan adik majlis hari jadi. A…

Happy Fathers Day to ... ME

Image
Siri Mothers Day dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada entry Hari Bapa ini. Tahun ini adalah tahun kedua aku menyambut Hari Bapa (Kepada golongan alim-alim qarqun tak bertempat.. korang jangan nak tazkirah kat aku yang Hari bapa ni haram jugak..) ALHAMDULLIlLAH. Aku cuba untuk memberikan yang terbaik buat anakku Zachary, buah hati pengarang jantung papa.. yang kadang-kadang selalu membuat 'my blood go upstairs'.

Walau aku rasa semasa Zachary kecil (sebelum dia pandai merangkak dan berjalan) I was the better parent, dan akulah yang paling hebat terutama sekali bila masuk bab-bab salin diaper, mandi dan salin baju dia. Hani ketika itu memang agak kekok, tapi sekarang ni I have to give the honour to her. Dulu aku eksyen sebab terer salin diaper baby dalam flight, dalam kereta dan tempat-tempat mencabar lain. Tapi bila Zachary mula pandai berpusing, kerja yang sebelum ini sap sap soi.. menjadi satu tugasan yang betul-betul mencabar kesabaran. Ia bertambah buruk bila dia …

Mothers Day Series - Episode 3 : Telefon berbunyi ring ring ring

Akhir-akhir ini Zachary langsung tak mahu berenggang dengan kami, terutama sekali dengan mama nya. Kalau waktu siang tu dia berdampingan seharian dengan Hani, sampaikan Hani nak buat kerja rumah pun susah. Zachary siap peluk-peluk kaki hani erat-erat sambil merebahkan dirinya ke lantai tanda protes minta didukung. Lepas tu nak tidur pun susah sebab dia menahan mata, tak mahu berpisah atau takut ditinggalkan oleh kami (separation anxiety). Itulah dia, anak-anak tempatnya adalah bersama ibu-bapa, especially mothers.

Teringat masa kecil aku di kampung, ketika itu mana ada handphone, skype dan peralatan komunikasi yang canggih manggih ni, telefon rumah pun tak ada. Jadi untuk melepas rindu aku sentiasa berutus surat dengan Mak. Hari ni pos, 5 hari baru sampai JB. Kalau mak balas terus, minggu berikutnya lah baru aku terima balasan darinya. Setiap kali posmen lalu, hati aku berdebar-debar, tertunggu-tunggu ada tak surat untuk aku dari Mak. Sehinggalah satu hari, aku menulis surat yang betul…

Mothers Day Series - Episode 2 : Kepulangan Yang Dinanti

Aku amat jarang dapat bertemu mak dan adik beradik lain. Sekali sekala mak balik ke kampung adalah merupakan saat-saat yang indah dalam hidup aku. Pernah satu hari raya ni, semua pak saudara mak saudara aku balik ke kampung dengan keluarga masing-masing kecuali mak. Aku yang ketika itu berusia 11 tahun terasa sangat sayu dan hiba. Pelbagai persoalan bermain difikiran aku ketika itu. Kenapa mak tak balik? Mak dah tak sayang kat aku kah?

Rumah arwah Tok Tan begitu meriah dengan hilai tawa adik beradik mak yang lain dengan sepupu-sepupu aku yang riuh bermain bunga api. Tok Tan dan Tok Na pun sangat gembira kerana semua anak-anaknya yang lain dapat balik beraya walaupun mak tak ada. Semua orang gembira pada malam tu, kecuali aku. Aku memilih untuk menyendiri dengan duduk di beranda sambil menangis sepuas-puasnya. Dari beranda aku terdengar Arwah Tok Tan bertanya, 'Mana Hisham?' Mak Lang pergi mencari aku dan jumpa aku bersendirian duduk di kerusi panjang luar beranda. Mak Lang ber…

Mothers Day Series - Episode 1 : Mak, adik nak dukung..

Kami tak pernah ada stroller sewaktu kecil. Bayangkan bagaimana, Mak aku  yang berbadan kecil tu terpaksa mengendong aku yang memang manja dan tak suka jalan sendiri. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Aku jumpa mak kadang-kadang saja. Sebab aku tinggal di Tangkak bersama Tok Tan dan Tok Na. Aku selalu rindu pada Mak. Itu yang bila dapat balik JB sekali sekala tu aku tak boleh nak berenggang. Nak berdukung saja walaupun di kampung aku boleh saja berjalan sendiri.

Kalau balik JB tu, mak mesti bawa aku dan adik beradik keluar berjalan. Tengok air pancut di bulatan depan Hotel Tropical Inn, naik mainan yang kena isi duit (ala yang ada kereta, kapal terbang, gajah, etc. yang bila diisi duit dia gerak2 tu) di Wisma Abad, kalau tak pun setakat ke pasar malam depan masjid Batu 5 Tampoi. Tapi aku ni tetaplah nak berdukung. Pernah satu ketika mak tak tahan dah, ya lah dengan menjinjing barang belian lagi dan mendukung aku yang ketika tu sudah berusia 3 tahun. Jarak pasar malam tu bukan nya dekat…

Mothers Day Series - Prelude : Your child your responsibility

I purposely did not post this blog entry on mothers day because I do not want some people to preach that it is haram for muslims to celebrate Mothers Day and that we must show respect and appreciate our mothers every day. Well I do love and appreciate my mom every day, and my respect for mothers grew even stronger now as I see how loving my wife is with our son Zachary. Islam says 'Syurga di bawah tapak kaki ibu' which if translated literally means 'Heaven is under the feet of your mother'. That is how high mothers are in Islam. 
Recently a friend of Hani's had to send her daughter back to Malaysia. The barely 3 months old baby will be looked after by her grand parents. Offcourse as new parents it is not easy. Babies demand alot if not all of your attention. But then again babies are not toys, they do not come with remote controls and definitely not battery powered. They must have their own reasons and maybe have running out of options to keep and raise the baby the…

Finding CINTA AMANI

InsyaALLAH if our second child is girl, we will name her CINTA AMANI. Cinta means Love in Malay and Amani means Hope in Arabic. It also means Peace in Swahili. We wanted to name her Cinta Emily but was advised to reconsider by many. Though has many good and beautiful meanings, Emily does not sound Islamic.  So hopefully our princess can be proud of her name as it is beautiful and meaningful.

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Aku dilahirkan di Muar (Muo kata orang Muar) dan dibesarkan di Tangkak. Walaupun bahasa melayu diambil daripada bahasa Johor/Riau, tetapi orang-orang Muar dan Tangkak mempunyai gaya bahasa yang sedikit berbeza apabila bertutur. Arwah Tok Tan aku misalnya, mempunyai gaya loghat yang 'distinctively Tangkak'. Banyak perkataan-perkataan yang biasa dituturkan masyarakat Muar dan Tangkak yang aku telah lupa. Jadi sebagai tribute untuk Arwah Tok Tan dan orang-orang Muar / Tangkak, aku akan cuba untuk menyenaraikan sebanyak mungkin perkataan dalam loghat Muar / Tangkak apabila aku teringat.


Ampar (sebutan Am-po) = Hamparan, permaidani
Anu = Si folan = Dia ke tangkak dengan si anu tu, anak Noh Itik.
Basan = pakaian basahan , pakaian harian
Berlengas = Badan melekit
Bersendor = Berdengkur
Berteromba (sebut beteghombe) = Bermain-main, berlari-lari dan bersuka ria (kebiasaan oleh anak-anak kecil dalam rumah),
Centong = Senduk
Endut = kekasih - Kau dah ada endut Syam?
Gak Ngapa? = Mengapa?
Gak Ya (s…

Surat untuk Cinta Amani

Buat my princess, Cinta Amani

Semalam papa seronok sangat dapat main gurau-gurau dengan Cinta. Walaupun papa tak dapat pegang tangan dan cium Cinta, dapat rasa Cinta gerak-gerak dari luar pun dah cukup. I know you must be excited to hear my voice speaking to you too.

Papa tak sabar nak peluk-peluk nak dukung-dukung Cinta. Tak sabar nak tunggu Cinta lahir. Nanti Cinta geng dengan Papa tau. Kita boleh lawan Mama dengan Abg. Zach. Confirm kita boleh menang banyak acara.

Walaupun Cinta belum lahir, Papa dah rasa sayang sangat kat Cinta. Kelmarin Papa siap mimpikan Cinta lagi. Kalau Cinta nak tahu, Papa excited sangat masa dapat tahu Mama pregnant lagi (lebih excited dari Mama.. tapi jangan sebut hal ni kat dia nanti dia sentap).

Ok my princess, malam nanti kita gurau-gurau lagi ye.

Love
Papa

Selamat Pengantin Baru Ateh..

Selamat pengantin baru buat sepupuku Ateh (Mohd Azizi). Semoga berbahagia dan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Terlalu banyak dugaan yang Ateh lalui, namun Ateh tetap mengharunginya demi cinta suci Ateh buat isteri. Abang Syam hanya mampu doakan dari jauh. Namun Abang Syam percaya, lambat laun yang keruh akan kembali jernih. InsyaALLAH.