Mothers Day Series - Episode 2 : Kepulangan Yang Dinanti

Aku amat jarang dapat bertemu mak dan adik beradik lain. Sekali sekala mak balik ke kampung adalah merupakan saat-saat yang indah dalam hidup aku. Pernah satu hari raya ni, semua pak saudara mak saudara aku balik ke kampung dengan keluarga masing-masing kecuali mak. Aku yang ketika itu berusia 11 tahun terasa sangat sayu dan hiba. Pelbagai persoalan bermain difikiran aku ketika itu. Kenapa mak tak balik? Mak dah tak sayang kat aku kah?

Rumah arwah Tok Tan begitu meriah dengan hilai tawa adik beradik mak yang lain dengan sepupu-sepupu aku yang riuh bermain bunga api. Tok Tan dan Tok Na pun sangat gembira kerana semua anak-anaknya yang lain dapat balik beraya walaupun mak tak ada. Semua orang gembira pada malam tu, kecuali aku. Aku memilih untuk menyendiri dengan duduk di beranda sambil menangis sepuas-puasnya. Dari beranda aku terdengar Arwah Tok Tan bertanya, 'Mana Hisham?' Mak Lang pergi mencari aku dan jumpa aku bersendirian duduk di kerusi panjang luar beranda. Mak Lang bertanya, 'Kenapa Adik menangis?' aku mulanya diam, kemudian menjawab 'semua orang balik, tapi mak tak balik'. Mak Lang mengajak aku masuk kerumah, tetapi aku memilih untuk terus bersendirian di luar. Aku mahu menyambut hari raya bersama keluarga aku. Mak Lang memberi tahu Tok Tan yang aku ada di luar dan sedih kerana mak aku tak balik beraya bersama. Ketika tu aku terdengar Arwah Tok Na berkata "Alah mengada-ngada nak menangis bukan nya budak kecik". Hati aku bertambah sayu bila mendengar kata-kata nenek aku itu. (Masa tu sesuai sangat kalau pasang muzik latar lagu raya Aishah, Kepulangan yang Dinanti).

Malam tu aku berdoa agar kalau mak mati, aku pun nak mati sama dan hendak dikuburkan bersama mak supaya kami tak terpisah lagi buat selamanya.

Comments

rasa sedih plak baca crita ni...
whitelighter said…
Hmm semoga Wan faham makdud tersirat dalam entry ini ye.
Nora said…
Sedihnya baca ni...huaa.huaa

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be