Aku nak lari Marathon

BMI aku sekarang sudah menunjukkan kategori 'Overweight'. Ni tak boleh jadi ni. Aku tak boleh overweight kerana:
1. Tak baik untuk kesihatan
2. Tak handsome (Nanti orang mengata. 'Tengok tu bini sikit punya lawa, laki dah la pendek gemuk pulak. Macamana la dia boleh kahwin dengan mamat tu. Tak lain mesti mamat tu kaya, kalau tak mustahil')
3. Banyak sangat baju-baju dan seluar designer label yang aku dah tak boleh sarung. Nak sedekah kat orang sayang. Mahal woo.. Pakcik umur 32 tahun baru merasa pakai seluar Fendi.

Baru-baru ni aku mendapat ilham yang cukup bernas. Aku nak lari Marathon. Aku jadi begitu bersemangat selepas melihat status Facebook dan gambar-gambar kawan baik aku Da'a dan Mak Ton berjaya menamatkan Half Marathon dalam KL Marathon baru-baru ni. Pada zaman-zaman remaja dulu aku sering menyertai Half Marathon di sekitar Muar dan Johor Bahru. Masa tu senang-senang saja aku lari non stop dan menamatkan larian di bawah 2 jam. Dan pernah sekali menyertai marathon. Johor Bahru International Marathon 1994. Tetapi masa tu aku memang tak pernah training untuk full marathon. Kaki aku cramp selepas 20 km. Tetapi, pantang cucu Laksaman Bentan mengalah, aku tetap menamatkan larian. Jadi aku cuma berjalan kaki dengan terhencut-hencut untuk 21 km hingga penamat. Akhirnya aku menamatkan larian dengan catatan masa hampir 6 jam. Orang lain ambil refreshment setiap 5km sambil berlari, yang aku pula ambil air dan duduk di kerb sambil berehat setiap 5 km. Sampaikan at one time tu, ambulance siap berhenti untuk mengambil aku. Tetapi aku berdegil, sudahnya petugas tu dengan baik hatinya memberi aku urutan dan merawat kaki aku yang kekejangan.

Tapi aku yakin dengan latihan yang berterusan aku mampu menamatkan Marathon dengan selesa.

Balik dari kerja semalam aku terus beritahu Cik Minah..

Aku:  Ayang, Abang ada minat baru yang Ayang mesti sokong"
Cik Minah: Ha apa dia? (Tanya Cik Minah dengan wajah yang agak anxious)
Aku: Abang nak lari Marathon (kata aku dengan penuh semangat)
Cik Minah: Jom, Ayang pun nak. Ayang masa sekolah dulu kan selalu menang lumba lari jarak jauh.

Fuh lega aku Cik Minah pun ada passion yang sama.

Berikut adalah kejohanan Marathon yang akan aku sertai:

1. Penang Bridge International Marathon - 20 Nov 2011 (Half Marathon)
2. Dubai Marathon - 27 Jan 2012 (Half Marathon)
3. Ras Al-Khaimah Half Marathon - 17 Feb 2012 (Namapun dah Half Marathon)
4. KL Marathon - 24 Jun 2012 (FULL Marathon)
5. Gold Coast Marathon - 1 July 2012 (FULL Marathon)

Dan impian terbesar aku adalah untuk menyertai New York Marathon satu hari nanti.

Pertandingan Marathon utama dunia yang lain ada tersenarai di SINI dan di SINI.

Jadi dengan menyertai Marathon ni, aku dapat kill two birds with one stone:
1. Dapatkan semula body aku yang solid molid macam zaman bujang-bujang dulu
2. Dapat travel. Travel memang salah satu daripada aku punya passion. Jadi dari sekadar mengumpul fridge magnet, aku juga akan mula mengumpul Finisher's Medals (Nak beli display cabinet weekend ni lah)

So lepas ni kalau nak buat travel plan kena refer jadual INI lah.

Jadi aku perlu memulakan latihan dari sekarang, sebab sekarang ni, setakat lari 1 km pun aku dan mencungap. Aku dapatkan jadual latihan di SINI.

So  apalagi.. jom lari

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Ironman Malaysia 2017