Happy Fathers Day to ... ME

Siri Mothers Day dihentikan sementara bagi memberi laluan kepada entry Hari Bapa ini. Tahun ini adalah tahun kedua aku menyambut Hari Bapa (Kepada golongan alim-alim qarqun tak bertempat.. korang jangan nak tazkirah kat aku yang Hari bapa ni haram jugak..) ALHAMDULLIlLAH. Aku cuba untuk memberikan yang terbaik buat anakku Zachary, buah hati pengarang jantung papa.. yang kadang-kadang selalu membuat 'my blood go upstairs'.

Walau aku rasa semasa Zachary kecil (sebelum dia pandai merangkak dan berjalan) I was the better parent, dan akulah yang paling hebat terutama sekali bila masuk bab-bab salin diaper, mandi dan salin baju dia. Hani ketika itu memang agak kekok, tapi sekarang ni I have to give the honour to her. Dulu aku eksyen sebab terer salin diaper baby dalam flight, dalam kereta dan tempat-tempat mencabar lain. Tapi bila Zachary mula pandai berpusing, kerja yang sebelum ini sap sap soi.. menjadi satu tugasan yang betul-betul mencabar kesabaran. Ia bertambah buruk bila dia pandai merangkak dan berjalan. Masa kita nak bersihkan punggung dia itulah yang dia sibuk nak berjalan. Harap-harap adik dia nanti jenis yang baik budi dan sopan santun especially ketika salin lampin.

Tetapi walau apa pun jua, aku bangga menjadi seorang bergelar bapa. Setiap petang lepas waktu berkerja aku akan bergegas pulang untuk melepas rindu pada anak. Semua penat lelah hilang bila dia menyambut aku pulang dengan mendepa tangan dan memeluk ku erat. Kadang-kadang aku rasa cemburu pada Zachary kerana aku tak dapat merasa apa yang dia rasa ketika kecil ku. Harap-harap aku dapat menjalankan tugasku untuk mendidik anak-anak ku menjadi anak-anak yang soleh. InsyaALLAH..

Sampai je rumah, Cik Minah surprisekan dengan sedulang cup cakes ni. 

Comments

Sinagamerah said…
betul le apa yang ko cakap, sekarang ni bila khaleef dah besar jarang sekali aku nak cuci punggung si khaleef...kalau sarah bz jek, baru aku campur tangan.

neeway, both of us a proud father to our brilliant sons! congrates Papa and happy father's day to both of us!
whitelighter said…
haha.. sama kita kan.. masa memula dulu kemain lagi cakap berdegar-degar.. maybe kita jeles kut and trying to prove ourselves.

Happy fathers day to you too..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be