Surat untuk Cinta Amani

Buat my princess, Cinta Amani

Semalam papa seronok sangat dapat main gurau-gurau dengan Cinta. Walaupun papa tak dapat pegang tangan dan cium Cinta, dapat rasa Cinta gerak-gerak dari luar pun dah cukup. I know you must be excited to hear my voice speaking to you too.

Papa tak sabar nak peluk-peluk nak dukung-dukung Cinta. Tak sabar nak tunggu Cinta lahir. Nanti Cinta geng dengan Papa tau. Kita boleh lawan Mama dengan Abg. Zach. Confirm kita boleh menang banyak acara.

Walaupun Cinta belum lahir, Papa dah rasa sayang sangat kat Cinta. Kelmarin Papa siap mimpikan Cinta lagi. Kalau Cinta nak tahu, Papa excited sangat masa dapat tahu Mama pregnant lagi (lebih excited dari Mama.. tapi jangan sebut hal ni kat dia nanti dia sentap).

Ok my princess, malam nanti kita gurau-gurau lagi ye.

Love
Papa

Comments

Yang paling suit to this entry >>> So Sweeeettttt!!!
whitelighter said…
haha.. baby baru nanti abang dah cop tugas2 changing, ngn bgn malam bagi susu.. biar dia lebih rapat ngn abang.. hehehe

Popular posts from this blog

Ironman Malaysia 2017

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017