Selamat Hari Lahir ke 29 Cik Minah

Hari ni birthday Cik Minah, jadi semalam aku kononnya nak buat surprise la. Nak Romantik lah kononnya. Kalau last year aku buat surprise party untuk dia. Masa tu Cik Minah masih dalam pantang, so duduk rumah pun pakai kain batik.. nasib baik kat dahi tak bertepek pilis. Masa tu memang menjadi betul surprise aku.. Thanks to kawan2 di Doha ni yang begitu sporting.. Dalam Cik Minah duduk relax-relax main komputer, tiba-tiba member-member letupkan party poppers dari luar tingkap.. Cik Minah punya lah terperanjat.. sampai dihempaskannya laptop dia ke lantai. Nasib baik tak bersepai. Sampai sekarang dia dok komplen yang betapa buruknya dia masa malam tu.. Knowing Cik Minah kan.. mesti nak cantik je selalu.. especially kalau nak keluar rumah.. atau bila ada orang nak datang rumah.. so tahun ni aku tak nak menzalimi dia lagi.. dan tak nak terperanjatkan dia sebab Cik Minah tengah berbadan dua.

So semalam on the way balik rumah aku singgah Landmark beli sejambak bunga tulip dengan 6 biji cupcakes dari Cupcake Factory (sebab nak balas Cik Minah punya cup cake ya g dia buat sempena Fathers Day Ahad lepas). Sampai rumah aku tinggalkan bunga dan cupcake tu dalam kereta.. sebab tak nak cik minah nampak. Sekarang ni kan musim panas.. bahang dalam kereta tu rasanya ada lah macam bahang dalam ketuhar cap Butterfly yang orang dulu-dulu buat bakar bahulu. Sebelum Maghrib, cik minah tertidur depan TV, aku pun dengan menjingkit macam pencuri, pergi ambil bunga dan cake tu. Bunga yang tadinya segar bugar dah terkulai layu.. (aku tak semak pula keadaan cake tu). Dalam hati... mana nak aku sorokkan benda-benda ni.

Akhirnya aku sorokkan paperbag yang berisi cupcake dan bunga tu di sebalik langsir kat bilik study. Cadangan asalnya, malam nanti selepas Cik Minah tidurkan Zachary, aku akan pasang video Pretty Woman yang didownload khas sebab Cik Minah tak pernah tengok cerita tu, dan aku akan nyanyi lagu.. Pretty Woman walking down the street,.. sambil membawa cupcake dan bunga ditangan. Tapi sayangnya.. rancangan tu tak kesampaian.

Jam baru menunjukkan pukul 10  malam, aku dah cakap kat Cik Minah.. Ayang gi lah tidurkan Zachary kat atas (padahal mata si Zach tu masih ceghelang bak kata org Tangkak). Aku gi bilik study sebab nak copy cerita Pretty Woman yang baru habis di download tu ke dalam WD My Passport. Cik Minah yang memang agak kech.. (kecoh) orangnya ni, boleh pulak datang ke bilik study sambil mengendong Zachary. Dia tanya aku buat apa.. tengok cerita apa.. etc2.. Kemudian dia terperasan yang langsir tu macam ada bonggol. Sambil mendukung Zach.. Cik Minah dengan terboyot-boyotnya pergi ke tingkap sambil berkata "eh zachary buat apa dengan langsir ni sampai jadi macam ni?'.. Aku hanya memerhati sambil mengetap bibir 'alamak.. rosaklah rancangan aku'..  Aku fikir Cik Minah akan selak langsir tu, tapi telahan aku silap. Cik Minah yang terkenal dengan keayuanya tu, tanpa di sangka-sangka MENYEPAK boggolan di langsir tu macam David Beckham ambil sepakan penalti. Adoii there goes my surprise plan.

But she was pleasantly surprised as well. Kitorang gelak sakan selepas aku ceritakan dia dah rosakkan rancangan aku. Lepas Zach tidur kami sama-sama menonton cerita Pretty Woman sambil makan cupcake. Walaupun cupcake tu dah bertukar rupa. Dah tak macam cupcake tapi dah jadi rupa cekodok pisang.

To my beautiful wife.. HAPPY 29TH birthday dear.. sorry if the surprise plan fell short of your expectation. Hadiah tunggu dulu eh, benda yang abang nak bagi tu tak ada stok..
    

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be