Z buah hati papa dan mama

25 May 2010

1200 - Hani tiba-tiba call kata yang dia dah ada 'Bloody Show'. Aku pun bergegas lah balik ke rumah, aku cakap kat secretary office aku, Shoba, yang bini nak terberanak.. dia yang memang concern sebab Hani sorang2 tak ada org jaga pun, kata 'Ha you better go hurry, its time'.

1800- Hani memang ada scheduled check up hari ni. Last week dilation dia dah 2 cm, dan dah ada early labour contraction tapi lom ada sakit2 lagi. Dr Sreenisha OBGyne Hospital Al-Ahli kata kalau seminggu ni tak beranak datang semula minggu depan (hari ni). So bila dah ada tanda2 tu kitorang pun datang siap dengan beg2 untuk Hani dan baby, so kalau kena admitted, senang tak payah nak berbalik-balik.

Bila buat CTG test tu, memang comfirm, Hani dah ada labour contraction, tapi dia tak rasa pun sakitnya. Masa tu dilation dia 3cm. Dr. Sreenisha pelik, kenapa dia tak rasa apa2. Tapi memandangkan contraction dia dah regularly, Dr. kena lah admit. Dr. cakap, orang Malaysia dengan Indonesia kalau nak melahirkan memang selalu tak sakit, so dia tanya ada rahsia apa2 ke? ku cakap la kitorang minum air selusuh.

Kitorang pun check in la kat ward bersalin Hospital Al-Ahli yang mewah tu (kos semua dalam 20 ribu, tapi Qatargas lah bayar, kalau bayar sendiri aku bawak Hani gi Hamad Hospital je spital gomen). Sepanjang malam tu kitorang tak dapat tidur. Hani sah sah la nervous. Terima kasihlah kat kawan2 yang datang malam tu bagi semangat. Diorang buat lagi CTG test jam 11 malam, tapi belum masa nak bersalin dan contraction dia pun datang irregular.

26 May 2010

Jam 5.30 pagi, diorang buat lagi CTG, tak ada pulak contraction, nurse tu kata lepas sarapan dia surh hani jalan2 satu hospital sebab nak promote dilation. Kitorang tertidur lepastu. Dengan tak sempat sarapan, tiba2 nurse datang jam 7am siap dengan wheelchair dan ready nak bawak Hani gi labour room. Apa lagi, kelam kabut la aku ngn Hani. Eh dah time ke? Aku dengan tak mandi, just kumur2 mulut dengan ubat gigi je.

Diorang bawa masuk labour room terus sebab kedudukan baby masa tu memang betul2 dah nak keluar, so diorang takut baby lemas kalau biar dalam posisi tu lelama. Kalau tak beranak gak, diorang akan induce. Mesen CTG dipasang setiap masa. Masa jam 7 am tu dia baru buka 4cm. Tapi contraction dah regular dan Hani still tak rasa sakit. Semua nurse, Dr, kagum dengan dia. Jam 12 tgh hari baru dia bukak 6cm.

Lepas dah bukak 6cm tu lah baru Hani rasa sakit.. masa tu mula lah semua ayat keluar.. ayat Kursi dan sebagainya.. yang sedihnya tiba2 dia kata 'Abag kalau ayang ada salah silap kat abang, minta maaf ye' adoiii sebak aku dibuatnya. Tapi aku memang kagum lah dengan dia.. selama ni aku sangka dia lemah, rupanya dia lah pahlawan sebenar. She went all the way without the help of any drugs. Tak ada epidural (aku paksa2 jugak tapi dia tak nak), gas yang ada ubat pelali tu pun dia tak nak.. wahh kemain hebat lagi cik minah ni ye. Aku sentiasa berada di sisi Hani, beri dia kekuatan.

Akhirnya, jam 1355 baby Z pun selamat dilahirkan. Tiba2 rasa sebak. Air mata kesyukuran mengalir ke pipi bila melihat bayi kecil, yang menjadi penyambung kasih kami selamat dilahirkan. Aku cakap kat Hani, 'we are parents'..

Our Bundle of love

Z, bibersihkan sejurus dilahirkan

Proud father, selepas di azan dan iqamat


Proud Mother

Buah hati ku Zachary Andika..


Lagi gambar2 klik SINI

Comments

mohd_hanapi said…
arghhhh comeinyer z...... teringat masa sambut hasya dulu...

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar