Cinta di Hari Raya

6 September 2011

Hari ni Zachary lain macam betul perangainya. Selalunya dia akan hanya bangun sekitar 7 pagi, tetapi pagi ni, seawal jam 4 pagi lagi dia dah bangun dan menempel saja dengan mamanya seolah tak boleh berenggang. Memang sejak sebulan dua kebelakangan ni dia semakin clingy dan kadang-kadang tu melampau-lampau ngada-ngadanya. Orang kata dia boleh sense yang dia nak dapat adik, dan dia akan kehilangan perhatian dari mama dan papanya. I dont know, aku tak macam tu pulak masa kecik-kecik dulu sebab aku anak bongsu. Tapi kalau dengar cerita mak mertua aku, Hani dulu pun jelous bila Hanis lahir, siap dia buang alas tidur adiknya itu dari atak katil ke lantai. Sah Zachary ni mewarisi perangai mama dia.

Aku suruh Hani kira contraction dia. Tapi Hani ni yang peliknya tak rasa apa-apa bila contraction datang. Kadang-kadang dia tak sure pun bila contraction tu datang. So aku terpaksa memeluk erat perutnya untuk mengenal pasti dan mengira contraction yang datang agak kerap dan regular. Pada pukul 6 pagi contraction nya datang setiap 6 minit. Hati aku dah tak sedap, bimbang kalau-kalau Hani terbersalin sewaktu aku di pejabat. Masa Zachary dulu pun dia tak rasa apa-apa walaupun dah masuk stage active labour. Mujur hari tu memang dia ada check up. Terus kena tahan ward. So aku memutuskan untuk mengambil cuti emergency saja hari tu.

Sepanjang hari kami dok mengira contraction saja. Aku tak mahu terburu-buru membawa Hani ke hospital, kerana dalam keadaan sekarang ni, its better to stay in a comfort of our home. By 3 petang contraction hani datang setiap 4 minit dan regular. So aku cakap dengan dia.."ok yang pergi siap, lepas asar kita gi hospital".  Hani yang relax saja sepanjang hari, mula menunjukkan tanda-tanda gementar dan agak reluctance nak pergi.

Kami sampai di Hospital Al-Ahli jam 4.30 petang. Kami berdua saja. Zachary kami tinggalkan bersama bibik dan Mak Mertua yang kebetulan baru saja sampai di Doha petang semalam. Perfect timing. Aku suruh Hani berlakon konon-konon tengah sakit. Ye lah dia relax saja, muka pun glowing dengan mekap dan sebagainya. Susah orang nak percaya yang dia actually in labour. Aku cakap kat reception Ob_Gyne, "Excuse me, we dont have appointment, but we need to see a doctor urgently as my wife's contraction comes regularly at 4 minutes apart". Dengar saja statement aku tu, terus receptionist tu instruct kami masuk. We cut all the queues and were given imediate attention by the staffs. Kebetulan pula Dr Daniz yang memang kami harapkan ketika itu bertugas di ward delivery. Hani terus di arahkan untuk dibawa ke delivery room selepas semakan ringkas dibuat oleh Dr Daniz. Kalau last year kami sempat lagi bermalam dan mengadakan sesi fotografi di bilik (ward) tapi kali ini, tidak. Agak nervous juga. Ye lah Hani langsung tak nampak macam orang nak bersalin.

Sebaik dibawa ke bilik bersalin, Dr bertanya sama ada Hani mahu Epidural atau tidak. Dengan tegas dia berkata tidak. Dia juga menolak sebarang ubat pelali dan gas untuk mengurangkan kesakitan. Jam 7.30 malam Hani mula berasa sakit, dan selepas diperiksa menunjukkan 8cm dilatation. Aku berkata dalam hati, "kuat sungguh isteri aku ni". Aku cuba mententeramkannya dan hampir jam 8 malam, Doktor berkata pada midwife bertugas, yang Hani is in position. This is it. Belajar dari pengalaman ketika melahirkan Zachary, aku memberi queue untuk hani mengambil penafasan dan meneran. Bagi bapa-bapa yang membaca anda boleh membantu isteri dengan mengarahkan cara pernafasan dan meneran adalan seperti berikut:
  • Tarik nafas dalam-dalam apabila contraction datang, dan teran sekuat hati.
  • Pastikan nafas TIDAK dihembus melalui mulut. Or else the push will not be effective
  • Pastikan push hanya bila contraction datang
  • dan pastikan tarik nafas panjang-panjang sebelum push.
 Tepat jam 8.05 malam, dengan hanya 2 big push, bayi kami Cinta Amani selamat dilahirkan dengan berat 2.97kg dan ketinggian 51cm. Aku sangat-sangat bersyukur pada ALLAH kerana mengurniakan kami dengan bayi yang sempurna ini dan Hani selamat melahirkan. ALHAMDULLILAH ALLAH telah mengabulkan doaku sepanjang tempoh kehamilannya agar permudahkan ketika dia melahirkan dan sepanjang tempoh kehamilannya dan mengurniakan kami cahaya mata yang sihat dan sempurna sifatnya.

Terima kasih juga kepada semua saudara dan rakan-rakan yang turut mendoakan. Kehadiran Cinta Amani menambah lagi kebahagiaan kami sekeluarga (walaupun Zachary sangat cemburu pada mula nya). Kelahirannya pada 10 Syawal membuatkan hari raya tahun ini juga lebih bermakna.


 

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be