Eid 1430: Raya Satu Malaya

Raya tahun ni, merupakan raya yang paling meriah, padat dengan jadual ziarah menziarah keluarga dan sahabat dan paling expansive. Ialah sebelum ini aku hanya ada satu keluarga, sekarang aku sudah ada dua keluarga, sebelah aku dan sebelah Hani.

Sejak lepas kahwin bulan 6 hari tu kami terus pulang ke Qatar, aku tak sempat untuk mengenali saudara mara Hani. Dia pun macam tu juga. So Raya ni kami dah buat perancangan rapi untuk menziarah saudara mara dan sahabat yang ada dari kedua belah pihak. Siap dengan itinerary. Tak lupa juga buah tangan dari Qatar, Baklava. Sampai excess baggage, dan beg Samsonite besar aku tu pun sampai tertanggal zip.

Bila keluarga dan saudara mara dah bertambah, maka kosnya pun bertambah lah. Pening juga nak aturkan duit raya, nak asing asingkan siapa yang patut diberi lebih. Budget kena cukup. Tetapi, kerana kami sampai Malaysia lagi satu hari nak raya, maka bank2 pun dah tak ada stok duit2 kecil, so aku cuma dapat tukar sedikit RM 10 selebihnya RM 50. Jadi untunglah siapa2 yang sepatutnya aku bagi RM5 tu dapat RM 50. Tak apalah namapun sedekah.

Dalam 2 minggu raya kali ni, kami berjalan dari Johor Bahru ke Tangkak then ke Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar, Kangar, Penang. On the way balik singgah semula KL, then Seremban, Melaka, Muar dan beraya semula di Johor Bahru. Memang padat. Ada juga beberapa rumah saudara dan kawan2 yang tak sempat nak dilawat.

Kami pulang ke Doha selepas tamat cuti. 2 minggu kemudian kami pulang semula ke Malaysia sementara menunggu Visa untuk memulakan kerja di syarikat yang baru. Sekembali ke Malaysia, kami sambung lagi beraya.

Sungguhpun letih dan banyak duit habis, tetapi raya kali ni amat-amat menyeronokkan dan bermakna. Selain dapat mengenali saudara mara di sebelah Hani, aku juga berkesempatan untuk melawat beberapa tempat di Utara Semenanjung yang belum pernah aku lawati. Raya kali ini juga, aku dapat bertemu semula dengan beberapa sahabat yang telah lama terpisah selain melepas rindu dengan mama, adik beradik dan anak2 saudara.


Kami sampai lagi 2 hari nak raya. Maka sibuk lah nak buat persiapan. Dengan shopping kuih raya dan pelbagai lagi keperluan lain. Kali ni aku kena allow budget untuk 2 rumah. Ha lihat tu, sampai tak muat but, kasihan mama kena duduk di celah-celah barang-barang.

Pagi hari raya pertama, aku habiskan bersama keluarga mertua di UDA. Kami mulakan dengan bersalam. Kalau di dalam keluarga aku, aku duduk di giliran yang last, kerana anak bongsu, tetapi dalam keluarga ini, aki duduk giliran pertama.. hoho naik pangkat.. Lepas bersalaman, kami semua menunaikan solat sunat hari raya di masjid UDA sebelum makan bersama. Memang rasa sedikit janggal lah, maklumlah pertama kali. Adik beradik ipar pun masih malu-malu lagi dengan aku.
Selesai aturcara di UDA, kami terus ke Larkin. Suasana di Larkin memang jauh berbeza dengan hilai tawa dan riuh rendah anak-anak saudara aku yang 10 orang tu. Belum campur lagi jeritan kakak aku sorang tu, satu flat boleh dengar. Tapi suasana sebeginilah yang aku sentiasa rindukan. Suasa pagi raya bersama keluarga. Seperti biasa kami bersalaman, mohon ampun dan maaf dari mama dan sesama adik beradik. Memang syahdulah, penuh drama. Semua bergenang air mata. Kami bersalam, berdakapan, raya sayang dan rapat sekali. Aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga ini. Kemudian acara bagi2 duit raya. Seperti tahun2 sudah, anak2 saudara aku perlu buat persembahan sebelum menerima duit raya dari Ayah Su mereka. Sayangnya persembahan tahun ni begitu mengecewakan. Next year potong duit raya.


InsyaALLAH raya tahun depan tambah seorang ahli baru dalam team kami. Ayah ayah dan Mak saudara sekelian, bersedia ya.



One big happy family



Selesai acara di Larkin, kami pulang semula ke UDA. Sekeluarga, kami menziarah rumah bapa saudara hani di Taman U dan Mak Saudara di Kulai (macamana boleh lupa nama diorang ni?)



Malam hari raya pertama, aku dan Hani bertolak ke Tangkak. Kami menginap dirumah Makcik Mai. Hari raya kedua, kami beraya di kampung mama, di Tangkak. Seperti biasa kami berkunjung ke rumah saudara mara. Di kampung ni semuanya bersaudara, cuma tahu dengan tidak saja. Aku juga dapat berjumpa sahabat yang lama tak bersua, Ali -aka- Kutak. Dia ni sebenarnya dua pupu aku. Disebabkan kami berjiran, jadi aku memang rapat dengannya waktu kecil2 dulu. Kami juga melawat rumah tinggalan Arwah Tok Tan. Tempat aku dibesarkan. Sedih sungguh. Rumah itu hanya menuggu rebah. Malam tu juga kami dikunjungi keluarga sahabat aku, Nuzul, yang kebetulan sedang beraya di Tangkak.



Dari Tangkak, kami ke Alor Gajah, Melaka. Dan tidur semalaman di rumah Nenek (sebelah mak mertua). Kami sampai lewat. Ramai adik beradik mak mertua aku dah pulang. Yang tinggal cuma keluarga kami dan Busu Liza.

Hari Raya ketiga, dari Melaka, kami sekeluarga dengan dua kereta bertolak ke Kuala Lumpur beraya rumah Cik Bedah dan Busu Liza. Aku dan Hani menginap di Hotel Traders. Pada malamnya kami beraya di rumah Da'a dan Mak Lang Nuzul di Keramat. Keesokan harinya kami beraya pula kerumah Razak di Kg. Pandan kemudian menziarah rumah arwah Suffian di Sentul. Kami juga sempat ke pusaranya. Petang itu kami coffee2 di sebuah shopping complex yang baru dibuka, Wangsa Walk atas saranan Da'a.




Pada malam Hari Raya keempat kami meneruskan perjalanan ke Utara. Dan singgah beraya di rumah Rizal di Ipoh. Baru kami tahu dari mana Rizal dapat bakat memasak. Masakan mak Rizal memang sedap. Sampai di Alor Setar, kami menginap di sebuah guest house yang telah bersama ahli keluarga yang lain.

Hari Raya kelima, kami beraya sekitar Alor Setar, kerumah adik beradik sebelah Ayah mertua aku. Dan pada malamnya Aku, dan Hani berkesempatan beraya di Kangar, rumah sahabat yang lama tak bersua, Pak Can. Lengkap perjalanan kami dari Selatan sampai ke Utara semenanjung.

Pada hari Raya keenam, kami bertolak ke Pulau Pinang untuk beraya di rumah Pak Teh, sebelum itu kami singgah beraya di rumah Mak Tam di Sungai Petani.
Pada petang Hari Raya Keenam tu, Pak Teh, Mak Teh dan Muhamad membawa kami bersiar-siar sekitar Bandaraya Georgetown. Terasa macam pelancong pula. Ayah dan ahli keluarga yang lain terus pulang ke Johor. Kami pula menginap semalaman.
Kami singgah semula ke Kuala Lumpur dan Beraya rumah Nina di Sg. Penchala selepas itu sempat merayakan hari jadi Nizar di Bora Asmara. Pada hari raya ke sembilan Kami ke USJ, rumah uncle Duan sebelum meneruskan perjalan pulang ke Johor.

Dalam perjalanan ke selatan, kami singgah di kampung arwah ayah aku di Muar.
...............

Sekembalinya kami ke Malaysia sementara menunggu Visa 2 minggu kemudian, kami sambung beraya ke Kuala Lumpur Rumah Dahliana dan mengambil kesempatan untuk bercuti di Genting Highland bersama Da'a, Nizar dan Razak. Pada keesokkannya kami beraya pula di rumah Azmi di desa Pandan selepas keluar makan tengahari dengan Aidid di Pavilion.

Di Johor Bahru kami sempat beraya di rumah kakak angkat ku Sariati di Kg. Melayu, dan melawat Fakhrul dan Phid yang baru menimang anak kedua.
Kami juga sempat melakukan mini road trip ke Temerloh Pahang, selepas singgah di Tangkak. Yang menariknya, makcik2 aku ni tengah kemaruk tarian poco poco, sampai Hani pun terjebak sama.

Tercapai juga impian Hani yang mengidam nak makan keropok lekor. Kami ke Mersing melawat Pak Uteh

dan seterusnya ke Kota Tinggi melawat Pak Ngah.
Demikianlah corat coret raya 1430 aku kali ini. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan. InsyaALLAH

Comments

Tjantek Spa said…
sham...i enjoylah baca blog u:) u have an aptitude for writing:)...love ur pix too. what camera u using? cantik gambar2 quality!
Congrats on the pregnancy news:) tak leh lah u nak lompat lompat lagi nih
whitelighter said…
Wah.. kakakku.. kamek rindu kitak tok.. thanks le bg pujian.. camera biasa je kak, Canon G10.. eh.. adik akak tu dah kawen?
victoire said…
perh akhirnye ade update..
beraye sakan ye abg sham.
saye dh 4 taun x beraye di Malaysia.
dah lupe kot pagi raye ape kene buat. hehe.
whitelighter said…
Khairy: Apaaa? 4 taun tak braye kat melesye? huuhuhuhu.. abg tak balik mesia tak pe, tapi raya mesti nak kena balik..
victoire said…
that is the ugly truth my bro. hehe.
tapi insya Allah raye kali ni kat Malaysia

Popular posts from this blog

Ironman Malaysia 2017

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017