Mana lagi zalim? Buang bayi ke makan bayi?

Minggu lepas, Cik Minah gi la belajar buat cup cakes dengan Yeen. Kira terer jugak la dia. Cantik -cantik gak kek dia buat (sebenarnya deco je, kek yeen dah siap2 masak). Adalah 9 biji semua. Aku yang kononnya tengah on diet ni, memang merembes je lah tengok. So setiap hari aku akan makan satu bila balik kerja. Yang ada lebah tu, aku makan lebah dia. Sedap manis.. patut lah madu lebah tu manis ek. sampailah yang last sekali.. yang ada baby tidur dalam selimut tu. Bila aku nak makan, aku tak sampai hati.. Cik Minah kata tu baby kita orang, Widad yang masih dalam kandungan mama dia tu. So aku cakap le kat Cik Minah, "Ayang makan la baby ni, abang tak sampai hati la" . Cik Minah pun tak sampai hati nak makan.. so.. aku kata, tak kan nak buang, dah la sekarang ni banyak kes orang buang bayi. Zalim lah kan. Kalau makan lak.. macam canibal la pulak.. arghh stress.. last - last aku tanggalkan kepala baby tu, aku suapkan kat mulut cik minah.. yang badan dia aku makan.. ish rasa macam zalim lak..

Ha ni lah cup cakes yang Cik Minah deco tu. (Pic, di curi dari FB Yeen)

So lain kali kalau nak buat cup cake jangan buat motif manusia ek..


Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Ironman Malaysia 2017

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017