Masters oooo masters

Aku mula-mula register Masters program kat UTM tahun 2006. Masa tu aku bersemangat waja habis. Sanggup minta transfer kerja dari Pasir Gudang ke KL, sebab program 'part time' atau UTM panggil 'Pesisir' hanya ditawarkan di UTM KL.

Program tu sepatutnya akan berjalan selama 2 tahun (4 semester). Kelas diadakan pada hari Sabtu dan Ahad dari 9 pagi hingga 5 petang every other week. Masa tu memang aku betul-betul komited lah, by the end of 3rd semester aku punya CGPA was 3.88/4.00 terer tak? So yang tinggal cuma dissertation.

Tapi rezeki aku semakin membawa aku jauh dari KL. Mula-Mula ke Miri kemudia ke Doha. Dari 2007 aku cuba nak siapkan dissertation tu tapi tak siap-siap. Sejak pindah Doha, ni masuk kali ketiga aku buat dissertation ni dan aku dah pindah rumah 3 kali, maksudnya setiap rumah satu. Dua kali gagal, and this time is my last chance, sebab aku dah reach the maximum allowable period to complete masters programme aku ni. Ye lah dah masuk 6 tahun, mengalahkan orang buat PHD.

Tapi kali ni aku bertekad untuk lulus. Cukup makan pun jadik lah. Duit dah habis berpuluh-puluh ribu hasilnya habuk pun tak ada. Kalau tak lulus jugak..... THATS IT

Comments

Popular posts from this blog

Ironman Malaysia 2017

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017