Posts

Showing posts from July, 2011

Puasa masa kecil

InsyaALLAH tak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Dan mungkin ada antara kita yang sudah mula berpuasa dari bulan Syaaban ini lagi. Menjelang bulan puasa ni, teringat pula kisah aku berpuasa masa kecil-kecil dulu. Aku mula berpuasa halfday waktu umur 7 tahun, darjah satu. Seronok sangat. Walaupun kelat-kelat mata, aku tetap bangun bersahur bersama Toktan, Tokna, makcik dan Maklang. Aku akan berpuasa sampai balik sekolah. Sampai saja kerumah aku akan berlari ke meja makan dimana Tokna dan Makcik sudah menghidangkan juadah berbuka untuk aku. Alah macam makan tengahari biasa saja sebenarnya. Favourite aku, masak lemak pucuk ubi, telur goreng dengan ikan kering. kadang-kadang masak pindang, masak lemak daun turi, asam pedas ikan parang, goreng pucuk paku.. uish ini boleh dicerita dalam entri akan datang. Aku berpuasa separuh hari sampai aku berusia 9 tahun. Masuk 10 tahun, aku sudah dipaksa berpuasa fulltime. Masa umur 10 tahun tu memang aku tak tahan,

Happy 2nd Anniversary to Us

Image
Syukur Alhamdullilah, pada 28 Mei 2011 lepas kami meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang kedua. Kalau tahun lepas kami hanya menyambutnya di Hospital Al-Ahli, dengan makanan yang disediakan pihak hospital, tahun ni up sikit. We had our anniversary dinner at our favourite restaurant at the Movenpick. Kalau last year our little Einstein si Zachary tu baru berusia 2 hari, tahun ni dia dah boleh join dinner dengan kami sekali. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat hendaknya. 

I am my mama's helper (by Zachary Andika)

Mama is carrying my baby sister in her tummy. Each day Mama's tummy is getting bigger and bigger. There are a lot of work to be done around the house from cleaning,  laundry, cooking you name it and we dont have a house maid like most families in Qatar. I, as the oldest child in the family feel obligated to help mama as much as I could by running errands and assume responsibility for some house chores. I hope my little help could spare mama some rest she deserved.

Lebai Zachary dan Penunggu Tangga

Doha 17 Jun 2011. Penghuni sebuah rumah bernombor B45 di Al-Wadi Complex, Al-Kharatiyat baru-baru ini telah mengalami ganguan makhluk halus. Makhluk halus yang berupa seekor monyet itu telah menjadikan tangga kediaman berkenaan sebagai tempatnya bermastautin. Penghuni kediaman itu telah memanggil khidmat seorang lebai yang terkenal di kawasan Al-Gharafa untuk menghalau makhluk tersebut. Namun makhluk itu ternyata begitu menakutkan dan lebai terkenal itu juga tidak sanggup untuk menangkap atau mendekati makhluk tersebut. Berikut rakaman yang kami terima ketika cubaan menangkap makhluk halus oleh lebai tersebut. Sebenarnya kami menggunakan mainan dari McDonald Happy Meal itu untuk menghalang Zachary dari bermain di tangga kerana sebelum ini, Zachrary terlalu kerap memanjat tangga tersebut. Pantang leka. Masalahnya, dia pandai naik, tapi tak pandai turun. Kami mendapat idea tu selepas melihat Zach begitu takut dengan monyet mainan dari filem Kungfu Panda 2 tersebut, dan safety gate IKEA y