Puasa masa kecil

InsyaALLAH tak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Dan mungkin ada antara kita yang sudah mula berpuasa dari bulan Syaaban ini lagi. Menjelang bulan puasa ni, teringat pula kisah aku berpuasa masa kecil-kecil dulu.

Aku mula berpuasa halfday waktu umur 7 tahun, darjah satu. Seronok sangat. Walaupun kelat-kelat mata, aku tetap bangun bersahur bersama Toktan, Tokna, makcik dan Maklang. Aku akan berpuasa sampai balik sekolah. Sampai saja kerumah aku akan berlari ke meja makan dimana Tokna dan Makcik sudah menghidangkan juadah berbuka untuk aku. Alah macam makan tengahari biasa saja sebenarnya. Favourite aku, masak lemak pucuk ubi, telur goreng dengan ikan kering. kadang-kadang masak pindang, masak lemak daun turi, asam pedas ikan parang, goreng pucuk paku.. uish ini boleh dicerita dalam entri akan datang.

Aku berpuasa separuh hari sampai aku berusia 9 tahun. Masuk 10 tahun, aku sudah dipaksa berpuasa fulltime. Masa umur 10 tahun tu memang aku tak tahan, so memang aku banyak kali la curi-curi berbuka. Selalunya modus operandi aku ialah, menelan air ketika berkumur sewaktu mengambil wuduk untuk solat zohor. Lepas balik sekolah agama pukul 4 petang pula aku akan mandi dan minum air kolah sepuas-puasnya. Alhamdullillah tak ada pulak aku kena taun ke, cirit birit. Tapi aku rasa ketika itu fair apa. Sebab aku tak dapat ganjaran apa-apa pun kalau puasa penuh, tak macam kawan-kawan aku yang lain.

Bila umur 11 tahun baru aku puasa betul-betul dan mula berterawih mengikut pak saudara aku (suami makcik). Harap-harap anak-anak aku nanti tak lah menurut perangai aku.

Comments

ucufan said…
minum air kolah? brendam tak dalam kolah tu? ahaks..
whitelighter said…
Ucu
Actually selalu sangat i berendam dalam kolah tu.. sebab besar macam swimming pool hehe

Popular posts from this blog

Ironman Malaysia 2017

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017