Lebai Zachary dan Penunggu Tangga

Doha 17 Jun 2011. Penghuni sebuah rumah bernombor B45 di Al-Wadi Complex, Al-Kharatiyat baru-baru ini telah mengalami ganguan makhluk halus. Makhluk halus yang berupa seekor monyet itu telah menjadikan tangga kediaman berkenaan sebagai tempatnya bermastautin. Penghuni kediaman itu telah memanggil khidmat seorang lebai yang terkenal di kawasan Al-Gharafa untuk menghalau makhluk tersebut. Namun makhluk itu ternyata begitu menakutkan dan lebai terkenal itu juga tidak sanggup untuk menangkap atau mendekati makhluk tersebut. Berikut rakaman yang kami terima ketika cubaan menangkap makhluk halus oleh lebai tersebut.


Sebenarnya kami menggunakan mainan dari McDonald Happy Meal itu untuk menghalang Zachary dari bermain di tangga kerana sebelum ini, Zachrary terlalu kerap memanjat tangga tersebut. Pantang leka. Masalahnya, dia pandai naik, tapi tak pandai turun. Kami mendapat idea tu selepas melihat Zach begitu takut dengan monyet mainan dari filem Kungfu Panda 2 tersebut, dan safety gate IKEA yang kami beli di IKEAAbu Dhabi baru-baru ini pula terlalu kecil untuk tangga kediaman kami.   

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be