Sepetang bersama Dato' Nicol
Doha 21 Oktober 2011. Hari ini memang merupakan hari dalam sejarah buat aku. Mana tidaknya, sebaik saja tamat acara Hi-tea bersama Tun Mahathir , aku dan Cik Minah bergegas pula ke Khalifah Tennis and Squash Complex untuk memberi sokongan kepada ratu squash negara, Dato' Nicol David . Cik Minah begitu vogue sekali dengan berkebaya nyonya. Sungguh tak sesuai untuk menyaksikan perlawanan squash. Nicol yang beraksi menentang Madeline Perry dari Ireland hanya memerlukan 33 menit sahaja untuk memenangi perlawanan dengan straight set 11-2, 11-7, 11-3. Ini adalah kemenangan beliau yang ke lima dalam kejohanan squash Qatar Classic sejak 2006. Law of Attraction: Aku cuba menyaksikan perwanan akhir melibatkan Nicol dalam Qatar Classic sewaktu aku mula-mula sampai Doha pada November 2008. Aku yang baru 2 hari sampai di Doha ketika itu menyangkakan Khalifa Tennis and Squash Complex ni terletak di Aspire bersebelahan Khalifah Stadium. Dengan confidentnya aku ...