Sepetang bersama Tun Mahathir

Doha 21 Oktober 2011: Aku berpeluang untuk menghadiri sesi minum petang bersama mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di Holiday Villa Doha atas jemputan Kedutaan Malaysia. Tun Mahathir adalah seorang yang sangat aku kagumi dan hormati walaupun aku tidak bersetuju dengan beberapa keputusan di akhir-akhir tempoh pentadbiran beliau sebagai perdana menteri.

Majlis anjuran Talentcorp itu dianjurkan untuk menggalakkan professional Malaysia pulang berkhidmat di tanah air. Dalam ucapannya, Tun Mahathir, walaupun menggalakkan para professional Malaysia untuk berkhidmat dan menimba sebanyak boleh pengalaman di luar negara, menggesa agar para professional ini pulang berkhidmat di tanah air selepas mempunyai simpanan yang cukup. Beliau menasihatkan agar pendapatan yang diperolehi hasil bekerja di luar negara itu dilaburkan dengan membeli emas.


Aku cukup kagum dengan Tun kerana berucap secara neutral tanpa dipengaruhi politik, walaupun menekankan bahawa dasar kerajaan Malaysia yang menitik beratkan aspek pendidikan adalah faktor utama yang membolehkan Malaysia mengekspot tanaga kerja mahir ke luar negara. Dalam ucapannya, beliau meminta agar professional Malaysia menjadi warga negara yang berterima kasih dengan pulang berkhidmat bukan untuk kerajaan tetapi untuk masyarakat Malaysia.

Peluang sebegini bukan mudah diperolehi, jadi aku mengambil kesempatan untuk menyatakan kepada Tun bahawa beliau adalah idola dalam hidupku sejak kecil lagi. Berikut adalah dialog ringkas antara aku dan Tun selepas sesi foto:

Aku: Tun, masa saya sepuluh tahun, saya menangis teresak-esak bila Tun dimasukkan ke hospital
Tun Mahathir: Oh ya? Masa tu sepuluh tahun ya?
Aku: Ha ah.




Pengalaman bertemu dan bercakap dengan Tun Mahathir, walau ringkas akan sentiasa aku ingati sampai bila-bila. Doaku Semoga ALLAH memelihara kesihatan Tun dan membalas segala jasa baiknya pada seluruh rakyat Malaysia. Tun Mahathir, we are forever indebted to you.

.............................

Law of Attraction Analysis
Event: Meeting Tun Mahathir
Date 1st Imagine: October 2009, when visiting The house where he was born in Alor Star, Kedah
Date of Manifestation: 21 October 2011 (2 years) 

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar