Parasite Infection

Kenapa?? Nak Muntah? Tanya pramugari yang bertugas apabila melihat aku bergegas dari tengah fuselage ke lavatory di bahagian hadapan.. Aduh loya tekak dan sakit perut aku ni dah tak tertahan lagi.. pramugari tersebut terus terusan mengetuk pintu lavatori yang sedang digunakan. Masuk kali ni dah 4 kali aku berulang ke tandas. Penerbangan 2 jam ini begitu lama aku rasakan.. Gadis cina yang yang duduk di sebelah aku itu tiba-tiba bersuara.. 'Apple juice will help'.. ' You having stomach ache?' Aku hanya mampu menganggukkan kepala sambil menekan butang untuk memanggil krew bertugas. 'One apple juice'.. pesan ku pada pramugari yg bertugas.. oh ya.. apple juise does help a bit. Aku dah diserang cirit birit sejak hari raya kedua lagi.. tapi tak lah sakit macam hari ni.. (hari ke 6). Ubat-ubat yang di beri Dr. Saripah dari Klinik Idzham, Taman Kosas itupun dah habis aku makan.. tapi sakit perut aku ni tak jugak baiknya.

Ladies and gentlemen we have landed at Miri International Airport, please remain seated until the aircraft has come to a complete stop.... Yess sampai jugak aku di Miri akhirnya. Aku disambut Wan Hidayat yang masih bercover all.. serba oren.. melihat mukaku yang pucat, Wan dapat mengagak yang aku tak sihat.. Said, dan beberapa lagi kawan2 mengajak aku makan di Lelapan, tapi aku terpaksa menolak.. Aku cuma mahu cepat sampai di rumah..

Kain pelikat, boxer, singlet, toileteries.. hmm cukup lah ni.. aku berkemas apa yang perlu.. sakit perut aku ni makin kronik rasanya.. sepanjang hari ini saja dah sepuluh kali aku berulang ke toilet.. aku nekad untuk mendapatkan rawatan di hospital.. dan bersiap kalau2 aku ditahan wad.. yelah aku ni sebatang kara.. mesti prepare for the worse.. hmm takut pulak.. aku tak pernah kena sakit kronik sampai nak kena admitted. Aku call Da'a, dia yang mulanya ada plan dinner ngn Ninut bersungguh untuk menemankan aku.. Aku ke Columbia Asia sambil diteman Ninut dan Da'a..

Mohd Syafei.. Namaku dipanggil.. Nervous jugak macam2 benda buruk bermain dikotak fikiran aku yang memang suka pikir yang bukan-bukan ni.. kena scoping ke nanti.. kena tahan wad ke.. enjet ke.. adoiii mak takutnya.. Alhamdulillah.. doktor kata aku cuma kena parasite infection.. kalau tak sihat jugak dalam 2 hari, baru aku akan di tahan wad.. so doakan la aku sihat ek..

P/S
Special thanks to Wan Hidayat, Da'a , Ninut and the chinese girl from the flight for your concerns

Comments

~wan hidayat~ said…
Sihat dan segar bugar pung sekarang ni...alhamdulillah, just remember everything that happened adalah ujian dan ketentuan Allah s.w.t.....klu sakit lagi jgn segan nak mita tolong...hidup bermasyarakat mmg begitu....
Rush Murad said…
tapi sempat menyond ke Gua Niah kan?
Alam Setia said…
Harap2 awk sehat ya. Jgn lupa makan ubat
Nini said…
Sakit itu penghapus dosa... Take care
Luaq Ezplanade said…
alhamdulillah u dah sihat sekarang nie...and dpt tolong rush and beraya sama2...take care.

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar