Catatan Buat Encik (A Note for my late father)


A good friend of mine had just lost her father a couple of days ago. I know exactly how she feels right now. It is hard enough to let go of someone that you love very dearly, let alone parents. I suddenly miss my own father or Encik as we affectionately called him. It has been 23 years since he's gone, but the void that he left was never filled. Parents are irreplaceable. Their love for you are so great You will never love them as much no matter how many I love Yous you said to them. 

Mama I Love you... Encik I Miss you

Adik

I first wrote this note for my late father in 2006. 20 years after he was gone, then it was first published here in 2007
-----------------------------------------------------------------------

Encik.. itu adalah panggilan aku dan adik beradik terhadap ayah kami. Sebagai anak yang bongsu sudah tentunya aku amat manja dengan Encik. Kini sudah 21 tahun Encik pergi. Kenapa tiba2 saja aku amat rindu pada Encik. Mungkin sudah terlalu lama aku tidak menyedekahkan al-Fatihah buatnya. Maafkan adik Encik.

Encik dan Mama berpisah semasa aku masih terlalu kecil.. ketika aku berusia 2 tahun.. tetapi dalam usia sekecil itu aku dapat mengingati segala pergolakan yang berlaku dlm keluarga kami.. bagaimana encik dan mama selalu bergaduh dan encik selalu pukul mama. Bila Encik marah, Mama akan bawak Aku, Om, Tanti, Along dan Angah menyorok bawah tangga. Aku ingat lagi sewaktu di mahkamah, hakim bertanya pada kami lima beradik nak ikut mama ke encik.. bila tiba giliran aku.. aku sambil meloncat loncat atas kerusi depan hakim berkata aku nak ikut Encik.. ketika itu aku tak mengerti apa-apa, tapi apa yang aku tahu aku lebih sayang encik dan nak ikut Encik.

Tapi encik tidak membesarkan aku.. Aku dipelihara oleh Tok Tan dan Tok Na sesekali saja encik datang melawat. Dan setiap kali itulah susah untuk aku melepaskan Encik pergi... pernah satu ketika aku, Tok Tan, Tok Na Mak cik dan Mak lang menghantar Encik ke bus station Tangkak untuk pulang ke Muar.. sementara menunggu bas bertolak kami minum di kedai kopi berdekatan.. macam2 helah Encik berikan untuk melepaskan diri dari aku yang tak mahu berenggang darinya. Akhirnya Encik memberi alasan untuk ke toilet.. aku pun menunggunya. Tunggu punya tunggu Encik tak juga keluar dr toilet.. rupa-rupanya Encik dah keluar ikut pintu belakang dan berlari ke arah bas yang sudah beransur pergi.. aku nampak Encik lari.. aku menjerit.. meronta.. menangis teresak esak.. berguling atas lantai.. encik tak tahu ke aku sangat sayang padanya dan tak mahu berpisah darinya..


Encik dan Mama, semasa bahagia

Antara kenangan masih ku ingat dengan Encik ialah betapa gembiranya aku duduk dibakul motor kapcai dan Encik bawak aku pusing2 kampung bila sesekali encik bawak aku balik ke kampung Atuk Kejep di Muar (ayah encik). Aku yang memang nakal sering tak mengendahkan suruhan org lain kecuali Encik. Penah satu petang tu lepas bermain dengan sepupu2, Tok Tijah suruh aku mandi.. tapi aku degil... datang Encik, dia dokong aku lalu dibenam-benamnya aku dalam kolah tepi rumah...melalak-lalak aku mintak ampun.

Setelah sekian lama berpisah dengan Mama, Encik berkahwin lain.. kami sefamili tak dijemput.. aku cuma dengar citer dari Makcik. Encik pun dah semakin jarang melawat aku di Tangkak. Ramai ahli keluarga aku sebelah mak yang mengapi-apikan aku supaya membenci Encik... dan sedikit sebanyak aku termakan racun mereka.. tapi Makcik sering berkata walau macam mana sekalipun Encik tetap ayah aku yang mesti aku hormat dan sayangi. Bila aku berusia 10 tahun berlakulah peristi paling sedih dalam hidup aku. Masa tu bulan 4 tahun 1986.. Mama datang melawat aku dr JB... dua hari kat kampung.. Mama rasa berat sangat nak balik JB. petang tu Mama balik jugak... bila mak balik aku pun pergi mandi.. abis je mandi aku tengok Pak Utih Zali (adik encik) ada kat ruang tamu tengah berbual dengan Tok Tan, Tok Na, Makcik dan Mak lang.. bila diorang nampak aku semua senyap. Maklang terus meluru dan memeluk aku sambil nangis teresak-esak. Aku tergaman... dalam tangis Maklang kata Encik dah meninggal petang tadi... aku terdiam... kaku.. tiba-tiba air mata aku meluru jatuh aku mengangis, meraung. Maklang menyiapkan aku... maklang dokong aku atas bahunya sambil membawa aku kekereta Pak Utih yang dipakir seberang sungai.. Aku duduk sorang di belakang.. kereta.. Tok Tan ikut sama ke Muar. Sepanjang perjalanan tu aku meraung raung kat belakang.. sambil Tok Tan dan Pak Utih masing2 berdiam diri.. membiarkan aku melayan perasaan.. Sampai di Muar, rumah Tok Kejep sedara mara dah ramai.. tangis aku masih tak henti. aku duduk di sebelah jenazah Encik... dah lama juga aku tak berjumpa dengan ayah kesayangan aku. Dia atas kedua belah mata encik diletak duit syiling 50 sen. Tak lama lepas tu mak pun sampai dengan adik beradik yang lain dari JB. Bila dah jauh malam baru aku berhenti menangis.. bila dah jumpa sepupu2 aku yang cuba buat aku ketawa... tok tan yang dari tadi memerhati gelagat aku berkata kat mak .. baru ni la dia berhenti menangis.. malam tu aku tidur di sebelah jenazah encik... seingat aku,aku tak pernah dapat tidur dengan encik.. tak sangka kali pertama dan terakhir aku tidur dengannya ialah setelah dia meninggal dunia...

Encik.. i know you are up there watching over me. I hope i can be anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan keatas roh encik.. semoga ALLAH mengampunkan dosa2 encik dan menempatkan encik di kalangan hamba2NYA yang beroleh kemenangan...amin..

Comments

zal said…
am touched...
puteri said…
hugs... thank you for being there when i lost my brother....
ooo...u rupanya comment kat blog i, by the way i link to my blog eh??...nice song
ooo...u rupanya! i lnik u to my blog eh??
by the way...nice song
Aled said…
thanks for sharing that, sham.Mengingatkan aku pd abah kat kampung.. cuz i still have a chance anyway,terus call ni.Al-Fatehah buat Encik
whitelighter said…
Zal: Hmm.. thanks

Puteri: Yes It was a very depressing moment for you.. and thanks for being there when I lost my Abah (Step father)

Zila: Kita sama2 linking eh

Aled: Yes.. kasih ibu bapa sampai kesyurga, without them we are nothing
mohd_hanapi said…
sabar banyak2 k.
zara said…
Salam Sharm..

Alfatihah to Encik. Moga rohnya tenang di sana.

I know u r strong enuff :)
Amirah said…
sedih gila.
you've been through many things.

terasa hidup saya macam terlalu plain dan x byk masalah pula.
whitelighter said…
Epie: OK je tetiba teringat bila my friend lost his dad

Zara: Thanks zara

Amirah: Yes i've been through a lot.. that's why i dont understand people complaining over petty things.. but you should consider yourself lucky dear.. make your parents proud..
zafi said…
salamz,
i was so touched by your story.. kuatkan semangat.. doakan moga rohnya Dirahmati... take care bro
ayin1911 said…
Thanks ya for being there
bersama-sama dgn rafi&fairul ari2..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar