Dari Jemapoh ke Manchester : Episod Akhir
Manchester
Sampai2 je kat Stesen Manchester Picaddily, kitorang terus simpan bag kat keep luggage service dan ambil teksi terus ke Old Trafford. Keadaan sekitar stadium masatu dah penuh dengan penyokong2 Man Utd. Penyokong Arsenal aku tak nampak. Yang ramai2 satu train tadi aku tak tahu diorang kemana. Maybe diorang semua dah ada special arrangement kut. Aku yang pakai jersey Arsenal ni siap cover2 dengan jaket yang aku pinjam dari Da’a. Da’a was so excited akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Old Trafford, pulak tu di hari yang mana Man Utd berkemungkinan akan celebrate kemenangan diorang season ni. Aku pun melayankan aja lah.
Enroute to Old Trafford
Sir Matt Busby Way
Selepas bergambar di luar stadium, kitorang masuk ke Megastore. Aku dipaksa oleh Da’a untuk membeli jersey Man Utd. Dalam terpaksa, aku pun belilah satu jersey Man Utd yang lengan panjang tu. Bila nak bayar tu, aku suruh the cashier to remove all the tags, pasal aku nak pakai sekarang, and dia ternampak jersey Arsenal aku. Cashier tu siap tu siap cakap ’You bought this, just to cover that? sambil menggelengkan kepala.
Aku memang respect la system crowd control diorang. Bayangkan haritu ada lebih kurang 75 ribu orang membanjiri stadium, tapi jumlah penonton yang besar ni dapat diurus dengan sistematik. Seat was assigned with each ticket and you are to enter / exit at designated gates only. Gates dia pun punya lah banyak, and clearly marked. Kalau kat Malaysia ni sure kecoh dan berebut2, pasal pintu bukak sikit je.
- 18 times and that’s a fact (repeated continuously)
- Are you watching, are you watching, are you watching Merseyside
At the Theatre of Dreams
Arsenal scored 1 win 1 draw against the champ this season
The celebration
Macam faham je si Da'a tu
What most Man Utd's fans have in common, BELLY
Kitorang naik tram balik ke Manchester, masatu perut aku dah lapar gila. Kan kitorang tak makan lagi dari pagi, Cuma makan chips je dalam train. Ingat nak makan kat stesen je, so on the way ke Picaddily station tu, kitorang terserempaklah dengan satu restoran ni, dia ada set meal 10 Pound. Nampak macam menyelerakan, restoran dia pun nampak nice. So kitorang pun terus je menuju ke pintu restoran yang dikawal 2 bouncer yang berbadan besar (Bouncer A and Bouncer B). Kitorang ditahan dari memasuki restoran oleh Boucer A, sambil berkata ”No Coles” (tak tahu dia cakap apa, tapi bunyi macam Coles). Kitorang tak berapa dengar and tak faham, so aku cakaplah ’Pardon me’. Tiba2 Bouncer B boleh menengking kitorang, “were you deaf?? United, united, united” sambil menunjuk jersey, bendera dan bag Man Utd yang kitorang bawak. Masa tu kitong tergaman. Tak sangka boleh kena layan macam tu. Dalam hati aku, memaki hamun dua2 bouncer tu, dah la muka masing2 macam swine, at least hormat lah sikit kita ni pelancong asing, customer. Panas betul hati aku. Tak pernah kena layan sehina tu. Peristiwa tu terus ‘mengomfemkan’ pandangan aku bahawa, orang Manchester memang tak friendly, and tak suka orang asing. Jauh beza dengan orang London, yang generally nya peramah dan mesra.
The pig sty
Tempat makan lain semua penuh. Sudahnya kitorang makan pie je kat Costa cafe, dengan kawan Da’a yang berkerja di sana. Lepas makan, aku ngan Da’a singgah sekejap kat kedai Primark. Banyak jugak aku shopping, tapi setakat shopping seluar dalam lah. Petang tu bila Christy dan Zaitun sampai dari London, kitorang terus bawak diorang ke hostel, dan rehat2. Masing2 kepenatan. Zaitun sakit kepala, Christy sakit belakang, aku sakit perut, masuk angin, Da’a kepenatan pasal terkinja-kinja sepanjang hari.
The Busby Babies who'd lost their lives in Munich 1958
The dressing room
Players Shower
The reserves bench
Habis je Stadium tour kitorang singgah Megastore. Aku belikan adik Boy satu jersey. Lama jugak kitorang dalam tu. Habis ronda kedai tu 2-3 round, aku pun keluar. Cuaca kat luar tu punya lah sejuk dan hujan pun mula turun. Tak lama lepastu Christy pun keluar. So aku dengan Christy menunggulah Da’a dengan Zaitun kat luar, dalam cuaca sejuk. Aku cuba call and text them, but was unanswered. Mula la aku hangin. 2 kali aku masuk semula, carik diorang, tapi tak jumpa. Boleh sampai 2 jam diorang kat dalam tu. Bila finally diorang keluar, diorang decide nak ke factory outlet dekat2 situ. Aku plak nak jalan2 sekitar bandaraya Manchester. So kitorang split. Aku ngan Christy, Da’a ngan Zaitun. Kitorang set nak jumpa semula kat Hostel pukul 4pm. Masa tu dah pukul 1.30pm. Aku rasa rugi kalau pergi Manchester without seeing Manchester. Hujan yang mulanya renyai2 tiba2 menjadi lebat. Nasib baik kitorang dapat teksi. Sampai town hujan masih belum reda. Aku ingat nak pusing2 town jalan kaki, masuk gallery, museum etc. Tapu memang tak sempat, and the rain did not help. Kitorang berteduh sekejap at pub, in town. Belakang Christy makin sakit. But the good thing, she never complains. Lepas hujan teduh kitorang pun berjalan sekitar city centre. We had lunch at Costa. Lepas makan, aku ngan Christy split. Dia ke Primark sebab tak larat jalan and memang dia nak shopping, and aku tetap dengan rancangan asal aku nak see as much of Manchester.
Manchester City
When we regroup at the hostel, I told Da’a and Zaitun to take the same route I took. Zaitun nak ke Primark. They still have time, sebab diorang akan balik semula ke London and have extra days to spend. From there we bid each other farewell. Aku kena ambik train ke London semula jam 5pm, as I have a flight to catch from Heathrow at 9pm. Christy pulak kena catch flight to Barcelona from Manchester Airport.
Comments
btw ur so lucky to be at such a big match and to witness such a grand ceremony. :p