Dari Jemapoh ke Manchester : Episod 1

London


13 May 2009

Flight aku pagi, macam biasa Kaduk hantar aku ke airport. Aku bawak satu beg kabin je tapi punyalah berat dan padat, yelah pasal aku akan terus balik kahwin lepas tu. Bila sampai Heathrow, aku terkenang saat-saat masa first time datang London tahun 2007. Masa tu aku pergi berenam, ada Arwah Suffian, Sam, Che Noni, Kak Long ngn Farid. Senyum2 aku teringat Sam kena tengking ngn immigration officer masa tu, pada hal belum sampai turn dia. Masa dia waiting in line tu, officer tu (bukan mat saleh pun) dengan kiurang ajarnya tunjuk kat Sam, lepas tu jerit kuat-kuat ”You, You’ What you do?” Terkujat Sam sambil terketar-ketar jawab ”I am an architect”. Kali ni aku masuk UK tak ada masalah, pegawai immigresen tu punya lah budiman (Org putih) siap sempat borak2 lagi ngn aku.. pasal aku kata aku nak shopping untuk wedding aku kat London.

Lepas semua clear, aku gi tempat hisap rokok kat luar terminal tu. Kat situlah dulu aku hisap rokok ngn Arwah sampai-sampai je kat London. Lepas tu aku naik Tube, dengan kad Oyster yang sama dan turun kat Willesden Green.

Cuaca kat London masa tu sejuk jugak, aku pulak memang tak bawak baju2 tebal, dengan cuaca mendung, gigil2 jugak lah aku berjalan ke Sarawak Foundation House yang letaknya dalam 800m dari stesen ketapi tu. Zaitun yang book tempat ni, pasal murah. Kawasan neighbourhood Rumah Sarawak ni memang cantik, penuh dengan pokok2 besar dan redup, dengan rumah2 yang dihias bunga2 pelbagai warna. Ada nota kat pintu rumah tu. Penjaga tu tak ada, dia suruh call. Aku masa tu dah tak tahan nak terkencing dah ni. Aku pun try call guna no Qtel aku, Call not allowed, text pun tak boleh.. apa lah Qtel ni.. lepas tu aku cuba pulak Digi, tak ada credit pulak. Aku memang dah tak tahan dah ni.. dah hujung2 dah.. Aku tak ada pilihan, aku sembunyikan beg aku kat belakang planter box depan rumah tu, then aku lari pergi lorong sebelah rumah tu, setelah aku pasti semua line clear, aku pun go with the flow lah.. hahaa.. hmm kalau org perempuan macamana agaknya kan.

Hmm aku dah mati akal dah, macamana nak call penjaga rumah tu. Last-last aku dapat idea, aku keluarkan laptop, register wifi pakai credit card, then call dia guna Skype. Tak lama lepastu orang tu pun sampai.

Bila dah selesai semua, aku pun relax2 kejap sementara menunggu Christy.


Petang tu, hujan lah pulak. Tapi hujan kat England tak lah lebat macam kat Malaysia. Aku berjalan dalam hujan ke stesen ketapi. Tunggu punya tunggu Christy tak sampai2, so aku pun rayau2 sekitar area tu, sempat singgah Sainsbury lagi beli pisang dan sedikit makanan. Lepas tu aku masuk restoran fish n chips yang dekat dengan stesen tu dan lepak makan situ.


Bila Christy sampai, aku pun bawak dia ke Rumah Sarawak tu. Kitorang terus click.. padahal tak pernah jumpa ni. Kitorang lepak2 kat kitchen sambil Christy menceritakan apa yang berlaku kat Da’a ngn Zaitun. Lepas dah hilan penat, aku bawak Christy jalan2 melihat pemandangan kota London di waktu malam dan akhirnya had supper di satu restoran dekat Covent Garden.

14 May 2009

Kalau mengikut perancangan asal, hari ni sepatutnya kitorang buat London City Tour, tapi memandangkan Da’a ngn Zaitu akan hanya sampai malam nanti, so aku bawak Christy pergi Bicester Village Outlet Mall kat Oxfordshire. Masa dalam keretapi tu, borak punya borak, rupanya Christy lah yang uruskan hal recruitment aku masa nak masuk Shell dulu. Jumpa jugak akhirnya. Aku tak beli banyak barang pun kat Bicester Village tu, kerana memang aku tak nak shopping pasal banyak duit nak guna untuk majlis aku nanti. Tapi tetap jugak terbeli 2 scarves Burberry dengan sehelai baju Ralph Lauren, yelah teket keretapi nak ke sana pun dah mahal kan, takkan balik tangan kosong pulak.

Sebelah petangnya, kitorang jalan-jalan kat Bond Street (yang mana aku beli Rantai Berlian Tiffany untuk hantaran), Oxford St, sebelum concluding our shopping day at Harrods ngn Harvey Nichols. (Oh ya aku beli coklat untuk hantaran kat Harrods. Main beli je tak baca2, rupa2 coklat tu yang jenis ada alcohol, ada rum, wine etc. Aku Cuma tahu pasal tu bila habis majlis, masa Hani ngn famili dia dok makan2 cokelat tu.. adoii malu gila aku..)

Lepas Da’a ngn Zaitun sampai, kitorg pun gi makan malam kat area Willesden green tu je. Makan kofta dan grill2 yang biasa orang Arab makan tu. Banyak jugak kedai makanan halal kat area ni. Lepastu kitorang lepak2 je kat rumah, meeting untuk reshedule diorang punya trip, sambil showing off barang2 yang aku ngn christy beli kat da’a ngn zaitun.


15 May 2009

Hari ni aku jadik official tour guide kat diorang. Kitorang keluar agak awal jugak. Mula-mula kitorang pergi Westminster, tengok Parliament House dengan Westminister Abbey. Kitorang breakfast makan sandwich yang dibeli kat Sainsbury on the way ke train station pagi tadi kat garden sebelah Westminster. Seronok jugak main lompat2, lari2 macam budak kecik.



Lepas puas bergambar kat park tu, aku bawa diorang ke Leichester Sq, beli teket theatre untuk show malam ni. Then kitorang berjalan kaki melalui Soho, Picaddily sebelum berhenti lepak kat Trafalgar Sq. Lama jugak kitorang lepak kat Trafalgar Sq tu untuk menghilang kan penat. Yang diorang ni all out ambil gambar kat setiap penjuru dataran tu.

Dari Trafalgar Sq, kitorang berjalan ke Buckingham Palace melalui The Mall. On the way tu kitorang terserempak Askar2 British tengah buat raptai untuk upacara apa tah, so berpusu-pusulah kitorang dengan pelancong2 lain tengok raptai kawad ala-ala hari kebangsaan. Macam scene dalam movie2 civil war pun ada, dengan askar British berseragam merah dengan topi berjambul tu.

Kat Buckingham kononnya nak tengok Changing of Guards, tapi manusia punyalah ramai so tak kuasalah kitorang nak berhimpit2, tengok dari jauh je. We then had lunch kat satu restoran ni. Set meal dia 10 pound je. Memang sedap dan layanan superb. We took our time enjoying our lunch sambil borak2.

Lepas makan kitorang naik tube ke Russel Sq. Da’a ngan Zaitun nak tengok patung lilin kat Madame Tussaud. Diorang dah beli teket online masa kat Malaysia lagi. Dekat stesen tube tu ada kedai souvenir besar. Kat situ ada agen jual teket bola. Da’a memang nak sangat pergi tengok match EPL ni. Infact this was the reason dia datang Europe, to see Man Utd play at Old Trafford. This match in particular, is the most important one. If Man Utd win or draw the Championship is theirs. The match pulak lawan Arsenal. Team kesayangan aku, tu yang aku pun semangat sama nak tengok. Sebenarnya kitorang memang dah cuba macam2 cara nak beli teket match ni. Tapi sold out. So bila agen ni kata ada teket, kitorang grab je, walau pun mahalnya ya Rabbi sampai beratus2 pound. Teket yang sepatutnya berharga 30 Pound kitorang beli at 120 Pound each. So besok pagi2 kitorang kena naik ketapi gi Manchester lah.

Teket tu kena collect in 1 hour so, Da’a ngan Zaitun proceed ke Madane Tussaud. Sementara diorang berdua tengok patung2 tu, aku dengan Christy habiskan masa ronda2 area Marylebone tu. Kitorang menapak sampai sakit2 kaki, dah la sejuk. Dekat hujung2 High Street tu ada pulak kedai farmasi besar, siap ada kerusi urut. So kitorang pun apalagi, berurut percuma lah.

Dari Russel Sq. kitorang naik tube sekali lagi ke Westminster. Kali ni kitorang melintasi Jambatan Wesminster ke Southbank. Da’a ngan Zaitun sepatutnya naik London Eye, kerana teket Madame Tussaud tu include sekali dengan London Eye ride, tapi they decided to do that later, sebab diorang akan balik semula ke London dari Manchester nanti. To kill the time kitorang pun lepak2 baring2 kat padang depan Bangunan shell kat Southbank tu untuk meregangkan otot2 yang kejang sambil berangan betapa bestnya kalau dapat kerja di Shell london tu. Gi kerja naik ketapi turun kat Waterloo, petang2 boleh jogging kat Queens Walk tepi Sungai Thames tu.

Dari Southbank, kitorang melintas Pedestrian Bridge semula (sebenarnya aku nak naik ketapi kat waterloo then turun kat London bridge, tapi Da’a ngan Zaitun tak dengar aku jerit2 suruh diorang patah balik). So bayangkan betapa jauhnya kitorang berjalan kaki sepanjang sungai dari pedestrian bridge tu sampai ke Tower of London. Macam nak tercabut lutut dibuatnya. Sampai2 Tower of London pulak, hujan.. so kitorang lepak makan2 kat satu restoran dekat2 situ. Tunggu hujan berhenti.. tapi hujan tak behenti jugak, malah makin lebat.

Dalam hujan2 tu jugak kitorang berlari ke stesen Tower Hill dan berkejar ke Theatre District. We made it to the theatre just before the show started. Kitorang tengok Chicago. Diorang punya acting, dancing and singing were better than the movie version. Tapi kerana keletihan, aku siap tertidur masa last-last part tu.

Kitorang terus balik rumah lepas theatre, packing dan tidur, pasal esok aku ngan da’a kena bertolak ke Manchester pagi2. Zaitun ngan Christy akan spend the day kat London, dan bertolak ke Manchester sebelah petang.
Bersambung
Aku dah lama plan trip ni dengan Da’a, sebelum datang Qatar lagi. Trip ni sepatutnya trip Rombongan Cik Kiah POK Fc. Tapi last last Cuma Da’a, Zaitun ngn Christy je yang pergi. They all cover Italy, Spain, Paris ngn UK (London & Manchester). Sayangnya aku tak dapat join the whole trip pasal dah suntuk sangat dengan tarikh nikah aku. So aku fly Qatar Airways dari Doha, jumpa diorg kat London then fly to Singapore from there. Something happened pada Da’a ngn Zaitun kat Itali, malam sebelum aku terbang ke London tu, so diorg kena stay Italy lagi satu hari, Cuma Christy je yang akan fly ke London esok.

Comments

zal said…
entry flashback...
whitelighter said…
haha.. tu lah tak sempat2 nak update blog..
zara said…
wahhhhh.....best nye!!!!! haish...bila la i nak ke sana.. tunggu lah ada rezeki terlebih, Insya Allah akan ke sana jugak :)

Salam Ramadhan, Sharm. :)
airtone said…
syam, tetiba je rasa cam nak check out ur blog.. hehe.. this post really brings me back down memory lane.. hehehe.. nanti kite gi cuti sesame lagi k? ngan cik minah skali..
whitelighter said…
Zara: may or june next year you akan gi sana gak, lepas submit kerja ye.. hehe

Airtone: tu lah bila la tu kan.. sure you tak puas shopping kan
whitelighter said…
This comment has been removed by the author.
keri said…
abg sham, once again so sorry that i can't help u the other day..
mahal gile kan agent cekik.
btw nk gak tgk match. so ni tgh consider to join 1 united tuh.
whitelighter said…
Keri: Its Ok, kitorg pun memulanya dah pasrah stakat nak tgk kat bar je. Tu ah.. diorg tau mahal cemana pun org ttp beli.. ha apa lagi join le 1 utd tu, kata penyokong fanatik.. hehe

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar