Selamat Hari Raya dari kami di perantauan
Tahun ni adalah pertama kali bagi kami sekeluarga berhari raya di perantauan. Even masa study kat Australia dulu pun aku tak pernah miss balik raya. Hani pun sama tak pernah miss beraya dengan keluarganya. Perasaan sedih tu memang tak boleh dinafikan kerana tak dapat mengucup tangan mak, parents in law dan adik beradik lain di pagi raya. Di kesempatan ini kami sekeluarga ingin memohon ampun atas segala salah silap kami pada kedua mak dan ayah serta adik beradik. InsyaALLAH kami bakal menimang cahaya mata kedua menjelang Syawal nanti. Doakan keselamatan Hani dan baby ya.
Comments