Eid 1430: Raya Satu Malaya
Raya tahun ni, merupakan raya yang paling meriah, padat dengan jadual ziarah menziarah keluarga dan sahabat dan paling expansive . Ialah sebelum ini aku hanya ada satu keluarga, sekarang aku sudah ada dua keluarga, sebelah aku dan sebelah Hani. Sejak lepas kahwin bulan 6 hari tu kami terus pulang ke Qatar, aku tak sempat untuk mengenali saudara mara Hani. Dia pun macam tu juga. So Raya ni kami dah buat perancangan rapi untuk menziarah saudara mara dan sahabat yang ada dari kedua belah pihak. Siap dengan itinerary. Tak lupa juga buah tangan dari Qatar, Baklava. Sampai excess baggage, dan beg Samsonite besar aku tu pun sampai tertanggal zip. Bila keluarga dan saudara mara dah bertambah, maka kosnya pun bertambah lah. Pening juga nak aturkan duit raya, nak asing asingkan siapa yang patut diberi lebih. Budget kena cukup. Tetapi, kerana kami sampai Malaysia lagi satu hari nak raya, maka bank2 pun dah tak ada stok duit2 kecil, so aku cuma dapat tukar sedikit RM 10 selebihnya RM 50. Jadi untu