Vespa Hijau
Lama kita terpisah ya. Aku rasa dah hampir 10 tahun. Last sekali aku jumpa kau sebelum aku fly ke Australia tahun 1999 dulu. Sejak dari itu kita lost contact. Banyak pengalaman suka duka yang kita lalui masa sama-sama belajar kat UTM dulu kan. Kau memang seorang sahabat yang baik dan perihatin. Kau ingat tak hari aku nak sit for ujian bertulis lesen memandu, kau siap datang jumpa aku pagi2 kat Kolej Resak dari Taman Universiti semata2 nak wish aku good luck. Padahal bukan big deal pun. Lepas tu kita banyak berkongsi cerita suka duka dan rahsia. Tapi aku memang respect kat kau. Kau adalah seorang yang tabah. Riak muka kau tak pernah menunjukkan apa yang terpendam dalam diri kau. Kau sentiasa senyum dan happy depan kawan2 walaupun kau ketika itu melalui masa2 yang amat getir dalam hidup kau. Kalau aku lah.. rasanya masa tu aku dah lari gi planet lain. Hmm lama aku tak berbual panjang dengan kau. Cepat betul masa berlalu.
Kau tau, ni kali kedua kau hilang, aku harap lepas ni kau simpan lah emel aku ke nombor telefon aku ke baik2.. penat aku carik kau. Masa mula2 kau hilang dulu, aku gigih carik kau sampai ke KL. Ingat lagi, masa kau tiba2 menghilangkan diri waktu cuti semester, aku nekad naik bas ke KL nak carik kau. Aku siap jadik private investigator, bila aku tahu kau kerja kat Crown Regency, aku terus ambush tempat kerja kau tanya ada tak nama sifolan2 ni kerja kat situ. Majikan ko kata ada, tapi dia kerja shift petang.. aku jalan2 dulu kat Kl, tempat yang agak asing bagi aku masa tu, dan datang semula sebelah petang.. bila aku jumpa kau.. ayat pertama yang keluar dari mulut kau adalah 'Aku Tahu Kau Akan Datang Carik Aku' Grrrrrr.. dah lepas ni giliran kau pulak nak carik aku.
Aku happy bila tau yang kau dah ada tiga anak dan berjaya dalam kerjaya, walaupun aku sebenarnya sedikit terkilan pasal kau tak jemput pun aku datang kenduri kahwin kau dulu. GRRRRR.. pulak tu isteri kau tu kawan aku jugak masa sekolah menengah. Apa pun aku bersyukur dapat jumpa kau semula.. thanks to facebook.. ha lepas ni keep in touch. Haa tiba-tiba aku teringat kata2 kak Ngah aku dulu. Dia kata "Kak Ngah suka Adik kawan dengan XXXX tu. Adik kawan lah dengan dia lama-lama"
Comments