Confident je kau

Tiba-tiba aku teringat kesah seorang kawan aku ni, si Z. Kita orang nak pergi menonton persembahan kat Aswara. Aku janji nak jemput dia dekat stesen LRT Cempaka. Bila aku sampai je, dia senyum-senyum.. aku tanya lah..

Aku: kau ni kenapa?

Z: Hehe Tadi masa aku tunggu-tunggu kau aku tengah on the phone. Lepastu ada satu Gen-2 kelabu berhenti depan aku. Aku terus je naik, duduk seat depan, sambil terus bercakap kat telefon. Lepas beberapa ketika aku pelik kenapa kereta ni tak jalan-jalan? Aku tengok le pemandu tu, macam nak kata hi / assalammualaikum. Aku ingat kau la tadi. Pemandu kereta tu tercengang je tengok aku.. tapi dia tak berkata apa-apa.. cuma tengok aku dengan mulut terlopong. Masatu aku masih kat telefon tu.. Aku senyum je kat dia, sambil tangan kiri aku cepat-cepat bukak pintu kereta dan cabut.. rupanya dia nak pick up orang lain. Malu gila aku siott

Aku: Gelak pecah-pecah perut..

Kesah benar ini berlaku di stesen Cempaka, Ampang, Oktober 2005

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Ironman Malaysia 2017

Top Malaysian Finishers at Ironman Malaysia 2017