Have you ever cheated death?

Mengingati kematian itu sunat dalam Islam supaya kita beringat bahawa mati itu benar dan boleh berlaku pada bila-bila masa saja. Mungkin kita belum bersedia kerana merasakan amal kita belum mencukupi. But as I said, death can come at any time, any where. Aku teringat peristiwa-peristiwa dimana aku nyaris bertemu ajal (cheating death).
Masa umur aku 6 tahun, aku ikut nenek, datuk dan dua mak saudara aku berbelanja barang dapur di Bandar Tangkak. Kalau korang tau ditengah-tengah Bandar Tangkak tu ada jalan besar yang menghubungkan Muar dan Segamat. Memang busy sentiasa. Nenek dan datuk aku berada di kedai runcit di seberang jalan tersebut sementara aku berada bersama dua mak saudara aku tu di kedai kain. Bosan dengan mak saudara aku yang sibuk membeli dan memilih kain, aku tiba-tiba terfikir, dekat seberang jalan tu ada kedai mainan, boleh minta Tok Tan belikan baju askar dengan senapang.
Tanpa fikir panjang, aku terus keluar dari kedai kain, tanpa disedari dua mak saudara aku tu dan terus memecut melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan. Aku tak nampak apa-apa, fikiran dan mata aku cuma terfokus pada kedai mainan dan baju seragam askar serta senapang. Masa aku berlari aku terdengar bunyi kenderaan membrek serta hon yang hingar-bingar tapi itu semua semacam muzik latar sahaja. Sampai saja di seberang jalan, aku terus mencari nenek dan datuk aku. Tiba-tiba Makcik dan Maklang menerpa serta memelukku sambil menangis dengan kedua mereka menggigil. Kemudian datang Tok Tan dan Tok Na aku. Setelah diceritakan apa yang berlaku, teruk Makcik dan Maklang aku dimarah Tok Tan. Aku masa tu cuma membisu dan tak berkata apa. Bila ditanya kenapa aku melintas jalan, aku kata 'Adik nak gi kedai menan nak suruh atok beli baju askar ngan senapang' Tok Tan, tanpa berlengah terus membawa aku masuk kekedai mainan tersebut dan aku diberi kebebasan memilih apa sahaja yang aku mahukan.
Aku bukan sahaja dapat set uniform askar dan senapang tetapi juga sebuah kereta ferrari merah yang boleh dikayuh tu. Maybe they thought they would have lost me that day.
Peristiwa kedua, ketika aku berusia 12 tahun. Kejadian berlaku di air terjun Kota Tinggi. Masa tu aku satu family berkelah sempena cuti 31 Ogos. Kalau korang tahu air terjun kota tinggi ni ada 3 tingkat. Masa tu tingkat 2 dan 3 masih dibuka kepada pelawat sebelum ditutup kerana banyak berlaku kemalangan yang meragut nyawa pengunjung. Kitorang picnic di kolam antara air terjun tingkat 3 yang paling tinggi tu dengan air terjun tingkat 2 yang tak kurang tingginya.
Kitorang memilih tempat tu kerana keadaan di tingkat bawah terlalu sesak dengan pengunjung. Kat tingkat 2 ni kurang sikit, maybe sebab kawasan kolam nya tak berapa luas dan air yang deras. Semua ahli keluarga aku mandi manda di kolam dekat dengan tebing, air di kawasan tu agak tenang dan cetek. Maybe aku ni agak adventurous, aku pergi berenang ke seberang kolam melalui arus yang deras tu. Aku berjaya sampai keseberang. Macam acara renang 100 meter, lepas cecah blok kena pusing buat satu pusingan kan, aku pun berpatah balik. Tapi sampai di kawasan arus deras tu, aku aku mula letih. Aku cuba gaya bebas, tapi kuakkan tangan aku tak mampu melawan arus yang deras itu. Selepas kehilangan tenaga aku cuba pula gaya kuak dada, tetapi aku masih terus dibawa arus sehingga keluar dari kolam dan melalui sungai yang deras.
Aku nampak sungai tu hilang lebih kurang 10 meter dihadapan. Sambil bunyi air menghempas batu semakin jelas kedengaran. Aku semakin dibawa arus ke air terjun kedua tu. Yang peliknya aku tak panik, dan tidak menjerit meminta tolong. Tiba-tiba ada satu brother yang ketika itu bersama-sama rakan-rakannya di atas tebing ternampak aku yang dibawa arus. Brother ni tanpa berlengah terus terjun dan berenang melawan arus untuk meyelamatkan aku. Aku dibawa ke tebing. Brother tu senyap tak berkata apa. Aku masih ingat bagaimana dia memegang kedua pipi sambil memandang muka ku. Aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Tanpa mengucapkan terima kasih, aku terus berlari mendapatkan emak ku yang sedang seronok menjamu selera dengan sandwich sardin yang disediakan kakakku Tanti. Aku menggigil memikirkan apa yang berlaku. Tetapi peristiwa ini terus menjadi rahsia hinggalah baru baru ini aku ceritakan pada emak ku. Kalau boleh aku nak sangat berjumpa dengan brother yang menyelamatkan nyawa aku tu. Tapi macam mana? Nama dia pun akau tak tahu. Dan masatu belum ada facebook.
Mengingatkan peristiwa-peristiwa itu buat aku rasa insaf. Dan menghargai kehidupan dan orang disekeliling, keluarga, sanak saudara dan teman-teman.

Comments

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be