Catatan buat Encik : Notes on my late father

Encik.. itu adalah panggilan aku dan adik beradik terhadap ayah kami. Sebagai anak yang bongsu sudah tentunya aku amat manja dengan Encik. Kini sudah 21 tahun Encik pergi. Kenapa tiba2 saja aku amat rindu pada Encik. Mungkin sudah terlalu lama aku tidak menyedekahkan al-Fatihah buatnya. Maafkan adik Encik.


Encik dan Mak berpisah semasa aku masih terlalu kecil.. ketika aku berusia 2 tahun.. tetapi dalam usia sekecil itu aku dapat mengingati segala pergolakan yang berlaku dlm keluarga kami.. bagaimana Encik dan mak selalu bergaduh dan Encik selalu pukul Mak. Bila Encik marah, Mak akan bawa Aku, Om, Tanti, Along dan Angah menyorok bawah tangga. Pergolakan rumah tangga yang ketika itu masih tidak aku mengerti membawa kepada perceraian. Aku ingat lagi sewaktu di mahkamah, hakim bertanya pada kami lima beradik nak ikut Mak ke Encik.. bila tiba giliran aku, sambil meloncat loncat atas kerusi depan hakim berkata aku nak ikut Encik.. ketika itu aku tak mengerti apa-apa, tapi apa yang aku tahu aku ketika kecil lebih sayang Encik dan nak ikut Encik.


Tapi Encik tidak membesarkan aku.. Aku sendiri tak memahaminya. Aku memilih untuk mengikut Encik, tetapi mengapa Encik tidak membawa aku bersamanya. Aku dipelihara oleh Tok Tan dan Tok Na sesekali saja Encik datang melawat. Dan setiap kali itulah susah untuk aku melepaskan Encik pergi... pernah satu ketika Aku, Tok Tan, Tok Na Mak Cik dan Mak Lang menghantar Encik ke stesen bas Tangkak untuk pulang ke Muar.. sementara menunggu bas bertolak kami minum di kedai kopi berdekatan.. pelbagai helah Encik berikan untuk melepaskan diri dari aku yang tak mahu berenggang darinya. Akhirnya Encik memberi alasan untuk ke bilik air, aku pun menunggunya. Tunggu punya tunggu Encik tak juga keluar dari bilik air.Hati aku jadi tak sedap. Aku meluru pergi ke bahagian belakang kedai itu, ke bilik air. Tetapi Encik tiada. Dari pintu belakang kedai itu aku nampak Encik berlari ke arah bas yang sedang beransur pergi.. aku menjerit.. meronta.. menangis teresak esak.. berguling atas lantai.. Encik jahat!!! Dia tak tahu kah aku sangat sayang padanya dan tak mahu berpisah darinya..


Antara kenangan yang masih aku ingat dengan Encik ialah betapa gembiranya aku duduk dibakul motor kapcai dan Encik bawak aku pusing-pusing kampung bila sesekali Encik bawak aku balik ke kampung Atuk Kejep di Muar (Ayah Encik). Aku yang memang nakal sering tak mengendahkan suruhan org lain kecuali Encik. Penah satu petang tu selepas bermain dengan sepupu-sepupu, Tok Tijah menyuruh aku mandi.. tetapi aku degil... datang Encik, dia dokong aku lalu dibenam-benamnya aku dalam kolah tepi rumah...melalak-lalak aku mintak ampun.


Setelah sekian lama berpisah dengan Mak, Encik berkahwin lain.. kami sekeluarga tak diundang. Aku cuma mendengar cerita dari Makcik. Encik pun sudah semakin jarang melawat aku di Tangkak. Ramai ahli keluarga sebelah Mak yang mengapi-apikan aku supaya membenci Encik... dan sedikit sebanyak aku termakan racun mereka.. tetapi Makcik sering berkata walau macam mana sekalipun Encik tetap ayah aku yang mesti aku hormat dan sayangi. Bila aku berusia 10 tahun berlakulah peristi paling sedih dalam hidup aku. Masa tu bulan 4 tahun 1986.. Mak datang melawat aku dr JB... dua hari dia di kampung.. Mak rasa berat sangat nak balik JB. Petang tu Mak balik jugak... bila mak balik aku pun pergi mandi.. habis saja mandi aku tengok Pak Utih Zali (adik Encik) ada kat ruang tamu tengah berbual dengan Tok Tan, Tok Na, Makcik dan Maklang.. mereka yang tadinya asyik berbual tiba-tiba senyap ketika aku melangkah masuk. Maklang terus meluru dan memeluk aku sambil menangis teresak-esak. Aku tergaman... dalam tangis Maklang kata Encik dah meninggal petang tadi... aku terdiam... kaku.. tiba-tiba air mata aku meluru jatuh aku mengangis, meraung, semahu-mahunya. Aku sedar bahawa aku tidak akan lagi dapat menatap wajah Encik. Aku tak akan dapat bermanja dengannya, buat selama-lamanya. Mengapa ALLAH harus merampas Encik dari aku? Mengapa? Maklang menyiapkan aku... Maklang dukung aku atas bahunya sambil membawa aku ke kereta Pak Utih yang dipakir seberang sungai.. Aku duduk seorang diri di belakang kereta.. Tok Tan ikut sama ke Muar. Sepanjang perjalanan itu aku tak henti-henti meraung di belakang.. Tok Tan dan Pak Utih masing2 berdiam diri.. membiarkan aku melayan perasaan.. Sampai di Muar, rumah Tok Kejep sudah penuh dengan saudara mara. Tangis aku masih tak juga berhenti. Aku duduk di sebelah jenazah Encik... dah lama juga aku tak berjumpa dengan ayah kesayangan aku. Dia atas kedua kelopak mata Encik diletak duit syiling 50 sen, kerana mata Encik tidak tertutup rapat. Mungkin Encik juga belum bersedia untuk pergi. Tak lama lepas tu Mak pun sampai dengan adik beradik aku yang lain dari JB. Bila dah jauh malam barulah aku berhenti menangis.. bila sudah berjumpa, Om, Tanti dan sepupu-sepupu lain yang cuba buat aku ketawa... Tok Tan yang dari tadi memerhati gelagat aku berkata pada Mak .. barulah sekarang ini dia berhenti menangis. Malam itu aku tidur di sebelah jenazah Encik... seingat aku, aku tak pernah dapat tidur dengan Encik.. tak sangka kali pertama dan terakhir aku tidur dengannya ialah setelah dia meninggal dunia...

Encik.. I know you are up there watching over me. I hope I can be anak yang soleh yang akan sentiasa mendoakan kesejahteraan keatas roh Encik.. You may not be the greatest father in this world, but you are the only one I love and you are irreplaceable. Semoga ALLAH mengampunkan dosa-dosa Encik dan menempatkan Encik di kalangan hamba-hamba NYA yang beroleh kemenangan...amin..

Walau telah lama berlalu, kadang-kadang aku masih terjaga di malam hari dan menangis merinduinya..

Comments

~wan hidayat~ said…
ermmm...abg, sedih arrr crita abg tuh, i know u such a strong man, klu tak u will not achive wut u hav got now...bila baca crita pasal 'encik' suddenly remind me of my past life...quite same bro but wut can i say my childhood tak mcm budak2 lain...i never regret wat was happened..to me, itu lah takdir dan perjalanan hidup sbgai khalifah....kita hidup dalam lingkaran takdir Allah...boleh diubah tapi perlu berusaha dan mengingatiNya selalu......
Zoulkieflie said…
Salam..
abg,terharu dedeq membaca catatan abg buat Encik..dedeq tak sangka di sebalik keceriaan pada muka abg terselit perasaan duka di masa lampau..dedeq turut bersimpati dengan perjalanan kehidupan abg yang lepas..dedeq tau abg seorang yang tabah menghadapi liku liku hidup..berkemungkinan apa yang berlaku ada hikmah Nya..
whitelighter said…
Thanks guys, sharm pun bercucuran air mata masa tulis blog ni.
Rush Murad said…
emmmmmmmmmm........mmmmmmmmmmm..........mmmmmmmmmm....... yang penting kau jadi orang berjaya di dunia ni.... and hopefully di akhirat nanti juga...... linked urs...
ZulNazri said…
you know, what i feared the most during my childhood was how my mum would handle it if my Abah died. Kami org susah and Abah was the only one we have to depends on. i cried everytime i think about it. my worst fears terjadi jugak and to Allah's will, my abah pergi when my new sister was only 3 months. i was not even cry when i my mum came and pick me up from SMS Muar maybe because it was on my mind for so many times that i thot it could be just on my mind and i was dreaming hingga lah when time came to usung abah to kereta mayat after all of us have kissed his forehead. i cried teresak2 tak tertahan lagi and realized now that my mum has to face the future alone membesarkan kami adik beradik. Abah never get to see me fly to US and be proud of me among his frens comparing their sons. Sometimes Abah still came to my dreams when i was misbehave or depressed. then i would be myself again the next morning. Abah, Abang rindukan Abah.
whitelighter said…
Zulnazri,

God.. i was so touched with your comment. I know exactly how you feel. Well we both still have our mother for they are the most important people in our lives.
itawazi said…
encik? me panggil my late atok pun camtu. actually it's more like ayah. anak-anak dia (my mum, uncles and aunts call him that), and since me duduk dengan dia sejak kecil, so i call him ayah/encik as well.. tatau plak ada orang lain guna panggilan tu ye?

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar