Tiada lagi Indah.. A story of an abandoned haven

Aku dijaga oleh datuk dan nenek seawal usiaku dua tahun. Tok Tan lah ayahku, Tok Na lah buku, disamping Makcik dan Mak lang. Mama dan Encik berpisah ketika aku masih terlalu kecil. Sejak itu aku terpisah dengan adik beradikku yang lain. Tok Tan yang tak sanggup melihat mama terpaksa menyara dan membesarkan kami berlima beradik mengambil aku bagi meringankan beban mama.


Sekolah rendahku, Sekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak

Aku dijaga baik oleh Tok Tan dan Tok Na. Begitu juga Makcik dan Maklang. Soal pendidikan amat dititik beratkan walaupun kami tinggal di kampung yang ketika itu jauh dari arus kemodenan. Aku tinggal di kampung ini sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke UTM.


Sekolah Menengah Tun Mamat, Tangkak


Ingat lagi, aku ada mempunyai seekor beruk yang diberi nama Tunggal. Aku tak punya barang permainan seperti kanak-kanak lain. Satu hari, Tok Tan membawa seekor anak beruk yang begitu comel sebagai hadiah dan teman buatku. Kami menamakannya Tunggal. Ketika kecil Tunggal dipakaikan lampin oleh Tok Na dan aku akan mendokongnya sambil memberinya makan dan minum dalam botol susu. Tapi bila semakin besar Tunggal semakin aggresif dan kami terpaksa merantainya di belakang rumah dengan Tok Tan membina pondok kecil di atas sebatang tiang bagi tempat tinggalnya. Pilu hati aku melihat Tunggal dibiar sendirian diluar. Hampir setiap malam aku akan menemaninya. Tunggal ketakutan. Dia akan memelukku erat sambil membunyikan isyarat bahawa dia tak mahu dibiarkan sendirian. Disamping itu aku juga mempunyai seekor kucing bernama Sitam dan empat ekor arnab. Mungkin sebab itulah aku menjadi seorang yang sangat menyayangi haiwan.






Rumah peninggalan Arwah Tok Tan,


Rumah Ini adalah syurga bagiku. Terdapat berpuluh pokok durian di bahagian belakang dan hadapan rumah di samping pokok-pokok manggis, mangga, jambu batu, jambu botol, jambu air, rambutan pendek kata macam-macam ada. Halaman rumah yang luas dihiasi pokok-pokok bunga dari pelbagai jenis dan warna. Hamparan rumput yang sentiasa dijaga rapi tak ubah seperti formal garden. Ketika kecil aku selalu menyapu halaman rumah, menyiram pokok, berkebun dan sebagainya. Rumah ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan Rumah Tercantik di Daerah Muar pada 1986 dan tempat kelima pada 1987.


Di hadapan rumah ini juga terdapat sungai yang begitu jernih airnya. Aku lebih suka mandi di sungai. Riuh rendah dibuatnya bila sepupu-sepupu pulang kekampung. Main perang-perang dengan tanah liat sebagai peluru. Halaman yang luas menjadi medan permainan polis sentri, kejar-kejar, galah panjang, lari pecut, zero point dan macam-macam lagi permainan yang mungkin sudah hilang ditelan zaman.



Sungai yang dulunya dalam lebar, kini semakin cetek dan sempit



Bilik air di luar rumah, aku pernah curi minum air dalam kolah di bilik air ini waktu mula2 berpuasa ketika berusia 7 tahun


Bangsal yang juga merupakan tempat parking basikal dan motor




Alamat yang tiada No Rumah, posmen memang tahu, Di Kg Paya Mas ni siapa yang tak kenal Arwah Tok Tan


Pondok yang menjadi tempat menuggu durian. Aku selalu sendirian menggu durian di pondok ini di waktu malam.


Selalunya seawal petang hari raya, seluruh keluarga aku dari sebelah mama akan pulang berhari raya di kampung kami yang terletak di Kampung Paya Mas Tangkak. Rumah besar itu cukup luas untuk menampung setiap ahli keluarga dari sembilan adik beradik mama. Betapa hari raya ketika kecilku begitu meriah. Tapi semua itu sudah berlalu. Setelah pemergian Tok Tan lima tahun lepas, kami semua jarang sekali menjenguk rumah Tok Tan di kampung. Masing-masing dengan keluarga sendiri. Tiada lagi riuh rendah aku dah sepupu serta anak-anak saudara bermain mercun dan bunga api. Pak Ngah, Pak Uteh Pak Uda mengacau dodol. Mak Lang. Mak Uda menghias rumah.. pendek kata semua persiapan dibuat bersama pada malam raya.



Pada raya tahun lalu, aku dan abangku Om, pergi melihat rumah pusaka peninggalan Tok Tan. Pilu hatiku melihat rumah yang banyak menyimpan kenangan hidupku itu kini terbiar. Jauh berbeza. Tempat ini Tiada lagi indah. Yang ada hanya rumah usang yang akan roboh bila-bila masa dan persekitaran sunyi yang tidak bernyawa.






Comments

~wan hidayat~ said…
salam...abg punya cerita, so nostalgic, ermm....bila nak balik Miri, barpuasa bersama2...tunggal ada lagi???, nak peluk dan cium dia.....sy dah linkkan url abg dlm blog sy....rindu arrr akt lawak abg yang begitu selenga!!!
whitelighter said…
Ujung bulan ni abg balik Miri.. kita buka sesama ek.. Tunggal dah kena buang kat hutan bila dia dah besar..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be