Masters oooo masters Part 2

Alhamdullilah setelah 5 tahun berhempas pulas (dan could not care less) akhirnya aku berjaya juga menamatkan pengajian Msc. Construction Contracts Management aku di UTM pada 14 May 2011. Aku pulang ke Malaysia selama 2 hari semata-mata untuk menghadiri viva-voce masters tersebut di UTM KL. Walaupun agak kurang bersedia dan aku rasa presentation viva yang aku berikan sewaktu Bachelor degree dulu adalah jauh lebih baik, thesis aku diterima universiti dengan sedikit pembetulan.

Terima kasih pada sahabat baikku Md Asrul Nasid (yang bakal bergelar Dr tak lama lagi) kerana bersunguh-sungguh memaksa aku untuk menamatkan pengajian masters tersebut dan bertindak sebagai tutor peribadi. Pada awalnya kami sama-sama mendaftar program tersebut di UTM JB pada tahun 2005, tetapi aku terpaksa menarik diri kerana kelas bagi pelajar separuh masa haya diadakan di KL pda hari sabtu dan ahad, sedangkan aku berkerja pada hari sabtu ketika itu. Aku mendaftar semula pada tahun 2006 setelah bertukar kerja di KL.

Aku percaya this is yet another blessing in disguise, kerana program ini haya baru-baru ini sahaja diiktiraf oleh Royal Institute of Chartered Surveyors (RICS) UK pada 2009. sia-sia saja kalau aku menamatkan program ini pada 2007 seperti yg dijadualkan, kerana sarjana aku itu belum diiktiraf oleh RICS yang merupakan badan profesional terulung dunia yang menaungi profesyen jurukur tanah, harta dan binaan.

Comments

puteri said…
I am so proud of you. Told you, that you will make it, and you did. You crossed the finishing line in style ;)

Congrats once again my friend. Time to celebrate!

Sabrina
whitelighter said…
Thank you Sab..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be