Aku nak lari Marathon
BMI aku sekarang sudah menunjukkan kategori 'Overweight'. Ni tak boleh jadi ni. Aku tak boleh overweight kerana: 1. Tak baik untuk kesihatan 2. Tak handsome (Nanti orang mengata. 'Tengok tu bini sikit punya lawa, laki dah la pendek gemuk pulak. Macamana la dia boleh kahwin dengan mamat tu. Tak lain mesti mamat tu kaya, kalau tak mustahil' ) 3. Banyak sangat baju-baju dan seluar designer label yang aku dah tak boleh sarung. Nak sedekah kat orang sayang. Mahal woo.. Pakcik umur 32 tahun baru merasa pakai seluar Fendi. Baru-baru ni aku mendapat ilham yang cukup bernas. Aku nak lari Marathon. Aku jadi begitu bersemangat selepas melihat status Facebook dan gambar-gambar kawan baik aku Da'a dan Mak Ton berjaya menamatkan Half Marathon dalam KL Marathon baru-baru ni. Pada zaman-zaman remaja dulu aku sering menyertai Half Marathon di sekitar Muar dan Johor Bahru. Masa tu senang-senang saja aku lari non stop dan menamatkan larian di bawah 2 jam. Dan pernah sekali menyer...