Hi-Tea with Raja Dr Nazrin
Doha, 12 December 2011. Isnin lepas, aku dan Cik Minah menghadiri satu majlis Hi-Tea bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin di atas jemputan Perwakilan Malaysia. Raja Nazrin yang berada di Doha kerana menghadiri Interfaith Dialog, masih sempat mencemer duli untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Qatar. Raja Muda Perak yang berjiwa rakyat ini, sangat ramah melayan dan bersalam dengan semua hadirin yang hadir. Melihat personaliti Raja Nazrin dari dekat pada petang itu, aku yakin orang-orang Perak dikalangan hadirin petang itu boleh berbangga kerana mempunyai Raja Muda seperti Raja Nazrin.
P/S Pictures courtesy of Malaysian Photographers of Qatar (MAQ Eyes)
P/S Pictures courtesy of Malaysian Photographers of Qatar (MAQ Eyes)
Comments