Menjengah Rumah ALLAH: Episod 2
Sambungan dari entry Menjengah Rumah ALLAH: Episod 1
Mekah, 17 March 2011. Kami sampai di Mekah sebaik masuk waktu Maghrib. Keadaan di sekitar Masjidil Haram ketika itu sangat sesak. Jalan menuju ke Hotel Fal Al-Saha yang kami tempah juga ditutup bagi memberi laluan kepada ribuan jemaah yang berjalan kaki menuju ke masjid. Kami terus saja mendaftar masuk di Hotel sebaik saja jalan dibuka semula pada lalu lintas. Alhamdullilah aku dapat meletakkan kereta betul-betul di hadapan hotel.
Kamar hotel tempat kami menginap di Mekah ni hanya asas saja, tidak seperti hotel 4 bintang sebagaimana di iklan tetapi cukup kerana niat ke sini pun untuk beribadat. Rate satu malam adalah sekitar 200 Saudi Riyal. Sebaik melepaskan lelah, kami berhasrat untuk terus mengerjakan ibadat umrah, tapi akhirnya terperangkap di hotel kerana hujan yang tadinya renyai kini semakin lebat mencurah-curah. Teman-teman yang lain semuanya sudah ke masjid. Akhirnya aku sekeluarga hanya menunakan solat Isya' di bilik dan menyaksikan siaran langsung dari Masjidil Haram melalui skrin televisyen. Hati aku begitu meruntun-runtun untuk turun dan menjengah rumah ALLAH ketika itu. Terasa diri begitu dekat sekali. Sebak juga aku melihat jemaah-jemaah yang menggagahkan diri mengerjakan tawaf dan solat di dataran Kaabah dalam hujan lebat begitu. Terdetik juga perasaan cemburu pada mereka kerana dataran kaabah begitu lengang ketika itu. Aku perlu menahan kesabaran, ini juga ujian. Keselamatan dan kesihatan anak isteri adalah lebih penting dan menjadi tanggung jawab ku sebagai ketua keluarga. Namun begitu, aku sekejap-sekejap merenung keluar jendela menanti hujan reda sehingga terlena kerana keletihan.
Aku terjaga sekitar jam 10 malam dan mendapati hujan sudah semakin reda. Segera aku mengejutkan Hani dan Zachary. Kami berjalan kaki ke Masjidil Haram sambil aku mendukung Zachary. Berat juga Zach ni bila berjalan jauh-jauh, dan aku tak rasa yang jarak dari hotel ke Masjidilharam ni hanya 300 meter seperti yang dinyatakan di dalam website.
Sampai saja di Masjid, kami terus ke dataran kaabah, dan hanya ALLAH yang tahu perasaan aku ketika itu. Laju saja kaki melangkah ke mercu tanda yang menjadi kiblat semua kaum muslimin seluruh dunia. Kami terus mengerjakan tawaf. Keadaan sekitar kaabah agak sesak terutama di kawasan berdekatan Maqam Ibrahim, jadi kami memilih untuk mengerjakan tawaf di 'outer circuit' supaya tidak berasak-asak dengan jemaah yang lain. Zachary yang juga kelihatan seperti agak terpegun dengan lampu-lampu, masjid dan dikelilingi ribuan manusia. Ramai juga jemaah-jemaah lain yang memegang tangan, mencuit pipi dan mengagahnya. Tapi dia hanya diam dan langsung tidak meronta-ronta. Mungkin dia juga sedang berdoa atau mungkin hanya keletihan. Sebaik menyempurnakan 7 pusingan tawaf, kami segera menunaikan solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim sebelum menikmati air zam-zam yang banyak terdapat di kekitar dataran kaabah.
Kami segera beredar dari dataran kaabah menuju ke Safa bagi memulakan Saei. Ibadah ini betul-betul menguji kekuatan fizikal. Tapak kaki aku mula merasa kebas kerana berkaki ayam di atas lantai marmar keras, dengan belakang yang juga semakin terasa sakitnya. Aku hanya mampu berjalan perlahan-lahan, Zachary yang dari tadi telah tertidur dalam dakapanku ini terasa semakin berat pada setiap langkah. Aku kononnya ingin berlari anak di antara dua lampu isyarat. Aku siap berkata pada Hani, 'Ok abang lari dulu, nanti abang tunggu ayang dekat lampu sana'. Segera aku berlari, sampai di lampu hijau berikutnya aku menoleh ke sisi dan melihat Hani hanya berjalan seperti biasa. Aku yang berlari tu sebenarnya hanya sepantas Hani yang berjalan kaki seperti biasa saja.
Selesai saei, aku bertahallul di salah sebuah kedai gunting rambut yang banyak terdapat berhampiran dengan Masjidil Haram. Suasana sekitar kedai gunting begitu meriah dengan teriakkan pemilik kedai untuk menarik pelanggan. Aku memberi arahan untuk membotakkan terus kepala. Sebaik sahaja aku duduk di satu-satunya kerusi yang kosong, tukang gunting terus menyampu kepala ku, dalam hati aku berkata wah macam bergunting di salon, basuh rambut dulu. Tapi aku silap, tukang gunting tersebut seterusnya mengambil pisau cukur panjang dan mencukur kepalaku dengan pantas hingga licin, rasanya kurang dari 10 cukuran. Tanpa cuci, kepala ku yang telah gondol itu hanya dilap dengan tuala kecil dan ditabur bedak Cuticura. Hani yang menunggu di luar kedai bersama Zachary yang sedang lena dalam dakapan hanya menyerigai tanda tidak menyukai penampilan baru ku. Aku seterusnya memotong beberapa helai rambut Hani dengan gunting kecil yang dibawanya. Aamdullillah. selesai sudah ibadat umrah kami.
Kami kembali ke Masjid untuk beriktikaf sebelum pulang ke hotel. Dalam perjalanan, hujan yang tadi hanya gerimis menjadi semakin lebat. Mujur juga kain ihram ku agak tebal, dapat aku payungkan Zachary dari basah hujan.
Bersambung

Hotel penginapan kami di Mekah |

Masjidilharam |
Bersambung
Comments