Hachiko Anjing yang setia..

Kelmarin, aku dengan Cik Minah secara kebetulan tertonton satu filem yang berjudul Hachiko: A Dog's story. Kisah seekor anjing yang sangat setia pada tuannya ini, amat-amat menyentuh perasaan. Cik Minah siap nangis-nangis lagi, sedangkan Cik Minah ni bukan minat pun pada anjing atau apa-apa jenis binatang sekalipun (berbeza dengan aku yang animal lover ni). Kisah ni based on true story yang berlaku di Jepun. Anjing bernama Hachi ni setiap hari menghantar tuannya yang merupakan seorang professor universiti ke stesen keretapi untuk ke tempat kerja. Dan setiap hari juga, sebelum jam lima petang, dia akan menunggu kepulangan tuannya di stesen tersebut. Begitulah rutin mereka selama setahun. Pada satu hari, si professor ni meninggal dunia ketika di tempat kerja dan tak pulang ke stesen di mana Hachiko sedang menanti seperti biasa. Yang sedihnya, Hachiko ni setia menunggu kepulangan tuannya selama 9 tahun hingga akhir hayatnya. Kisah kesetiaan Hachiko ni telah menjadi satu kisah lagenda di Jepun, dan mayat (ke bangkai?) Hachiko ini ada di simpan di satu muzium di Tokyo. Aku akan pastikan yang aku akan menyelitkan lawatan ke muzium tersebut kalau aku berkesempatan ke Tokyo satu hari nanti. Kisah selanjutnya mengenai Hachiko boleh dibaca DISINI.



Mengapa aku suka sangat dengan cerita anjing ni? Pertama kerana, anjing memang haiwan favourite aku. Kenapa? Tak percaya? Suka aku lah nak suka anjing ke, apa ke. Keduanya, kisah seperti Hachiko ni pernah berlaku pada diri aku sendiri. Ceritanya berlaku pada akhir 1998. Aku yang ketika itu menyewa rumah bersama Sam baru berpindah dari rumah flet ke rumah teres corner lot di Jalan Jaya 3 Taman Jaya (Jarak antara rumah flet dengan rumah baru itu hanya 3 pam rokok saja). Pindah rumah pun pakai wheel barrow saja. Masa tengah sibuk-sibuk pindah rumah tu, kami dapati yang rumah teres corner lot tersebut berpenunggu. Ada seekor anjing putih bersaiz agak besar yang tak diketahui apa breed nya setia menunggu di depan pagar rumah tersebut walau apa cara kami lakukan untuk menghalaunya. Aku ketika itu, seperti kebanyakan orang melayu lain amat anti dengan anjing. Macam benci sangat tengok anjing, macam nak disepak-sepak saja rasanya. Kami baling dia dengan kayu, dengan batu. Halau syuh syuh macam halau ayam tapi dia tetap disitu. Yang peliknya anjing ni langsung tak menyalak dan langsung tidak agresif. Dia cuma mengelak-elak dengan selamba setiap rejaman kami. Sam yang agak zalim tu, sampai sanggup mencucuk anjing tersebut dengan buluh runcing mujur dia pantas mengelak. Kami suspect anjing tersebut adalah milik penghuni lama rumah tersebut. Anjing itu tetap tak kemana-mana setelah lebih seminggu kami berpindah. Dia hanya berdiri ketika kami membuka pagar bila pulang ke rumah seperti murid-murid sekolah memberi ucapan 'Selamat Pagi Cikgu'. Lama kelamaan timbul rasa kasihan pula pada anjing itu. Lebih-lebih lagi ketika hari hujan. Kasihan dia kesejukan. Dia pun nampak semakin kurus. Makan kah dia? Rupanya yang sebelum ini bersih dan agak hensem pun sudah semakin comot dan tidak terurus.

Aku merujuk perkara ini pada emak dan teman-teman sekerja yang lebih arif dalam hukum hakam agama. Semua memberi pendapat mengatakan tak salah untuk aku memberi anjing tu makan dan melayannya dengan peri kemanusiaan. Dia pun makhluk ALLAH macam kita. Aku pun mula memberi dia makan. Disebabkan geli dengan anjing yang hukumnya najis mughalazah ni, aku sekadar mencampak-campakkan saja makanan ke luar pagar. Anjing itu semakin manja pula pada aku. Setiap hari bila aku pulang dari kerja dia akan menyambut aku di pagar rumah dengan senyuman (aku assume dia senyum sebab dia buat muka comel sambil menjulur lidah) dan menggoyang-goyangkan ekornya. Selain memberi makan aku juga memandikannya dengan cara menyemburnya dengan air paip dari hose yang Sam buat siram pokok dari dalam pagar. Suka anjing tu diperlakukan begitu. Walaupun aku tak menyentuhnya secara fizikal, dan tempatnya masih di luar pagar, perasaan sayang itu timbul sendiri. Aku pun mengambil keputusan untuk memeliharanya dan menamakannya BOBO.

Bobo semakin manja dengan aku. Setiap pagi Bobo akan menemani aku ke bus stop Taman Jaya, dan menunggu aku hingga menaiki bas. Setiap petang juga dia akan menunggu aku di bus stop yang sama, dan menyambut aku dengan girang. Kami akan sama-sama berjalan kaki pulang ke rumah dan berhenti di kedai Haji Store untuk mebeli roti dan susu buat Bobo. Hendak saja aku memeluk dan mengusapnya seperti dalam movie-movie tu. Tapi aku orang melayu. It is a taboo. Aku hanya mengusap-usap Bobo dengan kayu. Setiap kali aku berjalan dengan Bobo aku dipandang dengan pandangan sinis masyarakat. Aku beri dia makan pun kena sindir. Antara sindiran yang aku terima termasuk 'kau fikir kau boleh masuk syurga la dengan bagi anjing makan? Kiranya kau ni macam pelacur yang bagi minum anjing kelaparan la' .

Bulan February 1999, aku terpaksa meninggalkan Bobo kerana melanjutkan pelajaran ke Australia. Aku amanahkan Nizar yang akan mengambil alih menyewa bilik aku nanti untuk memberi Bobo makan. Tapi hayat Bobo tak panjang. Tak lama selepas aku pergi, Bobo mati kerana diserang anjing-anjing liar yang banyak berkeliaran di taman perumahan itu. Mungkin anjing-anjing liar tu berkata "Ha sekarang kau dah tak boleh nak berlagak dengan kami Ok. Ha mana tuan kau pergi? Siapa nak bela kau lagi sekarang ni ha hanjingg?"

Bobo telah merubah tanggapan aku pada haiyawan bernama Anjing. Sekarang ni aku tak rasa geli lagi untuk memegang atau mengusap anjing. Peduli kata orang. Pada aku kalau korang tak suka pergilah korang menyalak sana gung gung gung.

By the way, Sabun Samak boleh didapati melalui agen-agen yang tersenarai dalam list di SINI

Comments

nughul said…
sangat suka citer ni.. bikin nangis gak.. siap ada statue lagi for Hachi..kan?

hmmm..ust sy penah ckp dulu (time org kecoh student pegang anjing).. die ckp, sentuh laki pompan yg bukan muhrim lagi besar dosanya dari sentuh anjing.. kalau sentuh anjing kite leh bersuci..samak.. kalau kamu sentuh lelaki yg bukan muhrim kamu? *terus diam*

tapi anjing binatang yg paling loyal kot.. kat piasau camp, salu tgk 1 family ni dgn anjing die.. anjing die will look after their baby dalam stroller.. tak buat apa2 pun.. mmg jaga betol laa..
whitelighter said…
Nughul: huhu bagus ustaz tu punya perumpamaan.

Masa I dok miri I, tolong bela anjing jiran.. Louis namanya. Tuan dia agak zalim.. dan tak penyayang.. langsung.. Tak bagi makan, minum.. dan biar dia kesejukan kat luar. so i yg selalu bagi makan. Siap I bagin kain buat alas dia tidur. Kekadang I bawak anjing dia jalan petang2 pergi tasik senadin.. end up Louis lagi sayang kat I dari tuan dia.. Dia siap korek2 lubang kat pagar nak nak masuk rumah I.
Anonymous said…
anjing klu dlm keadaan kering n kita pun kering klu pegang tak perlu samak.... yg kena samak klu tersentuh najis dia yg masih basah, air liur dia, air hidung dia, diadlm keadaan basah, atau kita yg basah masa tue...
whitelighter said…
Anonym: Betul tu.. tapi anjing ni satu perangai dia..suka menjilat bila kita usap2 dia.. kena gak samak.. hmm nak senang kenalah beli sabun samak
ucufan said…
mesti citer ni sedih.. tak mo la tgok... nanti mesti i nangis.. huuhuhu...

i suka gak anjing.. comelll.. nak nak yg cam bulldog tu.. tp takott...
whitelighter said…
Ucu: gi ah tengok citer tu.. dia sedih2 lite-lite je.. sesuai untuk org yg sayang binatang macam u
nughul said…
ada ke sabun samak?
whitelighter said…
Nughul: Sabun samak boleh didapati di sini http://taharah1.tripod.com/id13.html
drkherun said…
aku byk gak citer pasal anjing ni. dari aku cekik anjing sebab dia kejar aku sampai le aku tolong bela anjing sebelah rumah yg dizalimi tuannya. pjg nor, malas aku nak story kat sini. mmg tak salah bg anjing makan sebab dia makhluk Allah. Nak pegang pun pegang lah, tp samak le. tu pun kalau basah... kalau tak basah x yah samak pun. kalau ikut mazhab yg paling ringan, tak yah samak pun. kita kat sini mazhab Syafie yg tekenal strictnya. nak bela buat jaga rumah, kebun ka pun tak apa. dalam Quran, anjing tak haram pun seperti mana Babi tapi Nabi kita haramkan sebab ada satu ketika tu wabak penyakit menular disebabkan oleh Anjing.

kita buat baik bukann dengananjing je, semua makhluk Allah sepatutnya kita kena buat baik.. segala jenis binatang adalah makhluk Allah. kalau kita selamatkan semut dari dipijak juga ada pahala, Insyallah.. wallahua'lam
whitelighter said…
Kak Ita: Haha macamana ko leh cekik anjing? tak dapat aku nak bayangkan.. ye lah macam aku ni sayang semua binatang.. tapi hayawan merbahaya dan makhluk perosak aku tak la suka pulak..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be