Mothers Day Series : Final Episode - Surat Untuk Mak

Surat ini aku kirimkan buat Mak pada bulan NOVEMBER 1986. Ketika itu aku berusia 10 tahun.

...........

Kehadapan Mak,

Semoga Mak dan adik beradik semua di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Adik di sini sihat-sihat sahaja. Tetapi Adik rindu pada Mak. Adik sangat berharap agar dapat berjumpa dengan Mak selalu. Mak bawa lah adik tinggal dengan Mak di Johor. Adik tahu keluarga kita susah dan Mak terpaksa menghantar Adik di kampung. Tapi Adik lebih rela kita sekeluarga sama-sama susah dari hidup berjauhan begini. Mak tengok tak filem 'Kasih Ibu' di TV 1 semalam? Kisah kita sama saja seperti dalam cerita tu. Mereka juga susah, tetapi mereka sama-sama menghadapinya. Kenapa kita tak boleh jadi macam mereka? Adik nak tinggal dengan Mak, Om, Tanti, Angah dan Along. Kalau boleh adik nak sekolah di Johor tahun depan bila adik masuk darjah 5. Tapi kalau tak boleh juga, adik faham. Tetap Adik nak Mak balik kampung masa hari jadi adik ke 10 nanti, dan Mak buatkan adik majlis hari jadi. Adik tak pernah sambut hari jadi macam kawan-kawan lain.  

Sekian, dari anakmu

Syafei
.............................

Mak menangis ketika membaca surat itu. Kawan sekerja Maka, Umi Zainah pun menangis sama.. sampai dia berkata 'Sedihnya kak Ros... bawak lah dia balik Johor Kak Ros.. Kesian dia.. umur 10 tahun dah pandai tulis surat macamni'.

Dan pada 6/12/1986 buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku menyambut hari jadi. Majlis tersebut sangat meriah. Semua kawan-kawan sekampung di jemput. Macam-macam permainan Mak aturkan. Dan aku sangat gembira ketika itu. Habis sahaja majlis, Mak berkata pada aku, "Ni Mak dah buat hari jadi untuk adik ni, Adik terus tinggal dengan Tok Tan eh?' Aku hanya membalas 'OK'. Difikir-fikirkan semula, mudah sungguh aku diumpan ketika itu.

Comments

Nughul said…
so u stay ngn atok u sampai bile? sibuk nak tau kan..? addicted dah ni..heeheh.. suke bile u relate ur life dulu n current one as a father...
thanks for sharing..

:)
whitelighter said…
Thanks Nughul.. I finally duduk ngn my mom masa I form 3, tapi form 4 I balik Tangkak semula atas pilihan sendiri.. nanti i citerkan.. byk nak citer ni

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be