Penang Bridge International (Half) Marathon 2011

Penang 20 November 2011. Lanjutan daripada entry Aku Nak Lari Marathon  pada bulan Jun yang lalu, aku telah menyertai acara Half Marathon dalam Penang Bridge International Marathon 2011. Mulanya aku sekadar mahu menyertai acara 10 kilometer kerana berasa kurang yakin dengan kemampuan diri yang boleh dikatakan langsung tak menjalani latihan tambahan dengan usia yang menginjak 35 tahun dan badan yang semakin munggil. Kali terakhir aku berlari jarak jauh ni adalah 17 tahun yang lalu. Tetapi aku gagahkan juga setelah tercabar dengan kata-kata Zaitun yang memperlekehkan acara 10 kilometer tak ubah seperti 'Fun Run'. Ceh, mana boleh jadi, cucu Laksamana Bentan ni pantang dicabar (walaupun tak berapa confident sebenarnya).

Aku sekeluarga, Zaitun dan Adaha menginap di Hotel Eastin yang suasananya tak ubah seperti athlete's village sukan SEA. Ramai peserta PBIM menginap di hotel ini kerana lokasinya yang terletak bersebelahan garisan permulaan/penamat di Queensbay Mall. Mujur Adaha telah menempah bilik di hotel ini seawal bulan Jun dulu, kerana kesemua hotel-hotel berhampiran full house sepanjang hujung minggu ini. Aku mulanya rasa agak intimidated juga melihat gelagat peserta-peserta lain yang ditemui di lobi hotel dengan rata-ratanya kelihatan seperti otai marathon, bangga dengan finisher t-shirt masing-masing dan susuk badan persis atlet. Aku berbisik pada Cik Minah, 'Yang Papa langsung tak ada rupa macam atlet, tengoklah tu, diorang pakai cermin mata pelari, papa kau pakai cermin mata Bvlgari'.

Kami ke Tapak karnival PBIM bersebelahan Queensbay Mall untuk mengambil Race Pack yang mengandungi singlet, bib dan beberapa barangan lain dari penaja (salah satunya koyok). Suasana ditapak karnival ni sangat meriah mengalahkan pesta konvokesyen UTM. Mana tidaknya lebih 27 ribu peserta bakal mengambil bahagian dalam pelbagai acara esok pagi dari dalam dan luar negara. Termasuklah Kak Sariati sekeluarga dari Singapura dan offcourse aku ni yang terbang khas dari Qatar hehe.

Sariati, Fina and Mogens from Singapore

At Race Pack Collection both with Zaitun

Malam itu, kami masing-masing menikmati pasta di TGIF sebagai bekalan karbohidrat esok. Aku yang semakin nervous dan tak berkeyakinan mampu manamatkan larian half marathon ni mendapat banyak kata-kata perangsang dan tips dari Adaha yang sudah agak berpengalaman. Seperti tidur yang cukup dan warm up serta stretching yang sempurna sebelum memulakan larian.

Aku langsung tak dapat memejamkan mata malam tu. Perasaan excited ni tak ubah seperti ketika aku pertama kali menyertai rombongan sekolah ke KL sewaktu berada di darjah 4 dulu. Tambahan pula, as a light sleeper as I am, mustahil aku dapat lena dengan bunyi hingar bingar pembesar suara dari tapak karnival yang menerobos bilik hotel.

Kami turun lewat ke garisan pemulaan dan memulakan larian tanpa sebarang warm-up dan proper streching. Tak mahu berasak-asak dengan ribuan peserta lain, kami memulakan larian dari belakang. Cadangan asalnya Aku, Adaha dan Zaiton mahu berlari bersama, tapi sayangnya peserta wanita hanya dilepaskan 15 selepas peserta lelaki, jadi aku dan Adaha hanya berlari anak supaya Zaiton dapat catch up. Kami sempat berhenti dan melambai Cik Minah yang melambai-lambai dari tingkap hotel. Berlari pagi-pagi begini memang amat menyegarkan. Tambahan pula dalam suasana meriah begini memang begitu mengujakan. Aku akhirnya terpisah dengan Adaha dan berlari solo.

Aku berlari dengan baik pada 10 kilometer pertama, dengan pace yang steady. Bangga rasanya setiapkali aku memintas peserta-peserta lain yang lebih muda, kurus dan tinggi, dalam hati aku berkata 'it is true what people say that physical advantage only contributes 10% of success, the rest comes from mental strength'. Tetapi selepas 10 km, aku mula mengalami kekejangan otot. Setiap langkah adalah satu penyiksaan. Ini semua gara-gara tak warm up dan streching sukup-cukup sebelum berlari. So much of mental strengh eh? Tapak kaki dan buku lali aku juga umpama tak mampu menahan impak berat badan aku yang semakin berisi ni. Bukan itu saja, pangkal peha aku juga melecet kerana peha gebu aku yang bergesel sesama sendiri dengan seluar compression aku yang sendat itu. Sudahnya aku hanya mampu berjalan terhincut-hincut sambil sebelah tangan menarik seluar di bahagian kelamin pada 11 kilometer terakhir. Satu persatu peserta yang tadinya dengan banggaya aku pintas memotong ku semula, termasuklah gadis-gadis ayu bertudung litup. Malu OK tak tahu mana aku nak sorok muka.

Aku akhirnya hanya mampu menamatkan larian pada kedudukan ke 3238 dari 4509 peserta dengan catatan masa yang teramat buruk 3jam 19menit 59 saat. Kedua kakiku juga terasa macam nak tercabut dan hampir tak boleh berjalan sebaik menamatkan acara. Mujur ada koyok dari penaja. Sakit-sakit badan aku juga masih terasa 2-3 hari selepas tu. Namun begitu aku tetap bangga and glad I made it. Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk menyertai pertandingan-pertandingan akan datang, dan memperbaiki catatan masa.


Met Azim from http://azimashaary.blogspot.com/ for the first time. He did way better and finishes the run at 2 hour 20 min.


We did it

Terima kasih pada Adaha dan Zaiton yang telah mempengaruhi aku untuk mengaktifkan diri dalam acara larian ini. I will redeem myself in the coming 10km Dubai Marathon and Ras Al-Khaimah Half Marathon. Sebutir medal telah diperoleh, so boleh lah beli display cabinet.

Comments

Anonymous said…
Well done!!

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Hujan Emas di Qatar

Dad to be