Mothers Day Series - Episode 1 : Mak, adik nak dukung..

Kami tak pernah ada stroller sewaktu kecil. Bayangkan bagaimana, Mak aku  yang berbadan kecil tu terpaksa mengendong aku yang memang manja dan tak suka jalan sendiri. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Aku jumpa mak kadang-kadang saja. Sebab aku tinggal di Tangkak bersama Tok Tan dan Tok Na. Aku selalu rindu pada Mak. Itu yang bila dapat balik JB sekali sekala tu aku tak boleh nak berenggang. Nak berdukung saja walaupun di kampung aku boleh saja berjalan sendiri.

Kalau balik JB tu, mak mesti bawa aku dan adik beradik keluar berjalan. Tengok air pancut di bulatan depan Hotel Tropical Inn, naik mainan yang kena isi duit (ala yang ada kereta, kapal terbang, gajah, etc. yang bila diisi duit dia gerak2 tu) di Wisma Abad, kalau tak pun setakat ke pasar malam depan masjid Batu 5 Tampoi. Tapi aku ni tetaplah nak berdukung. Pernah satu ketika mak tak tahan dah, ya lah dengan menjinjing barang belian lagi dan mendukung aku yang ketika tu sudah berusia 3 tahun. Jarak pasar malam tu bukan nya dekat dan kami sekeluarga hanya berjalan kaki dari masjid Batu 5 ke Jalan Dato' Musa, Pengkalan Rinting. Mak yang sudah tak berdaya tu memaksa aku untuk berjalan sendiri. Tapi aku yang tak reti bahasa ni tetap berdegil. Mak letak aku di bawah, tapi aku protes, tak mahu berjalan. Aku hanya duduk di tepi jalan sambil memuncung kan mulut. Aku tahu mak akan dukung aku juga, sebab, mak pun rindukan aku.

Kini baru aku faham, itu yang aku sabar saja bila kadang-kadang Zachary mengada-ngada tak mahu duduk dalam stroller bila kami keluar ke shopping malls atau kemana-mana. Pada aku best apa duduk dalam stroller, boleh duduk lunjur kaki, boleh baring. Kalau aku kecik-kecik dulu aku ada stroller confirm aku tak paksa mak dukung aku. Tapi bagi anak-anak, stroller canggih dan mahal macam mana sekali pun tak akan dapat menggantikan dakapan ayah dan ibu.

Comments

Kannnn.....tak dpt nak recall dgn baik apa lah yg suka di buat waktu kecil dahulu....
whitelighter said…
tu lah kalau tak tulis.. komfem lama2 semua tak ingat..
Unknown said…
betul tuh..dulu masa kecik2 mmg suka meragam..macam aku ingat lagi masa kat depan kedai cina kat Paloh..aku nak loceng mainan..tak dapat sebab tokyah (mak) kata nantilah beli tunggu gaji..aku terus berguling kat depan kedai tuh macam menurun..tetap nak jugak..tapi tulah namnya budak2..
Unknown said…
dah namanya budak2..mmglah cenggitu..aku teringat masa kecik2 dulu..sama gak kes macam ko..manja terlebih..masa tu aku ngan Tokyah (mak) aku gi kedai cina kat Paloh..aku nak kan loceng mainan..Tokyah kata tunggu gaji ek dik..kalau dah gaji nanti mak belikan..aku tetap tak paham bahasa..terus berguling kat depan kedai tu jugak..tunjuk perasaan tak hengat..hehehe..
Che As Masrom said…
opss terlupa letak nama plak..;)
whitelighter said…
Asrul

Haha aku boleh bayangkan cemana ko guling2 nak loceng tu..

Popular posts from this blog

Kamus Loghat Muar / Tangkak

Triclub Doha Aquathlon 8

Hujan Emas di Qatar