Mothers Day Series - Episode 1 : Mak, adik nak dukung..
Kami tak pernah ada stroller sewaktu kecil. Bayangkan bagaimana, Mak aku yang berbadan kecil tu terpaksa mengendong aku yang memang manja dan tak suka jalan sendiri. Tapi aku ada alasan aku sendiri. Aku jumpa mak kadang-kadang saja. Sebab aku tinggal di Tangkak bersama Tok Tan dan Tok Na. Aku selalu rindu pada Mak. Itu yang bila dapat balik JB sekali sekala tu aku tak boleh nak berenggang. Nak berdukung saja walaupun di kampung aku boleh saja berjalan sendiri.
Kalau balik JB tu, mak mesti bawa aku dan adik beradik keluar berjalan. Tengok air pancut di bulatan depan Hotel Tropical Inn, naik mainan yang kena isi duit (ala yang ada kereta, kapal terbang, gajah, etc. yang bila diisi duit dia gerak2 tu) di Wisma Abad, kalau tak pun setakat ke pasar malam depan masjid Batu 5 Tampoi. Tapi aku ni tetaplah nak berdukung. Pernah satu ketika mak tak tahan dah, ya lah dengan menjinjing barang belian lagi dan mendukung aku yang ketika tu sudah berusia 3 tahun. Jarak pasar malam tu bukan nya dekat dan kami sekeluarga hanya berjalan kaki dari masjid Batu 5 ke Jalan Dato' Musa, Pengkalan Rinting. Mak yang sudah tak berdaya tu memaksa aku untuk berjalan sendiri. Tapi aku yang tak reti bahasa ni tetap berdegil. Mak letak aku di bawah, tapi aku protes, tak mahu berjalan. Aku hanya duduk di tepi jalan sambil memuncung kan mulut. Aku tahu mak akan dukung aku juga, sebab, mak pun rindukan aku.
Kini baru aku faham, itu yang aku sabar saja bila kadang-kadang Zachary mengada-ngada tak mahu duduk dalam stroller bila kami keluar ke shopping malls atau kemana-mana. Pada aku best apa duduk dalam stroller, boleh duduk lunjur kaki, boleh baring. Kalau aku kecik-kecik dulu aku ada stroller confirm aku tak paksa mak dukung aku. Tapi bagi anak-anak, stroller canggih dan mahal macam mana sekali pun tak akan dapat menggantikan dakapan ayah dan ibu.

Comments
Haha aku boleh bayangkan cemana ko guling2 nak loceng tu..